Serangan bertali arus mula digerakkan oleh pembangkang melalui cerita-cerita sensasi. Ia masih berkisar tentang Altantuya-Rosmah-Najib.
Cerita lama dengan adunan baru hingga melibatkan konspirasi tertentu terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya menjadi dalang utama menekan Najib untuk turun dari kerusi perdana menteri sebelum PRU13.
Watak-watak baru diperkenalkan seperti Deepak, Raja Roopiah dan sebagainya manakala watak-watak lama diperkemas-kinikan seperti Bala dengan SDnya.
Kisah konspirasi memang mendapat tempat dihati pembaca rakyat Malaysia. Tidak kisah sama ada bukti yang ditunjukkan adalah benar atau tidak - kukuh mahu pun sebaliknya.
Cerita berbentuk gosip ini akan ditusuk ke sanubari setiap pembaca manakala bahan bacaan disebar secara sistematik didulukan dengan perancang strategik utama pembangkang seperti Rafizi Ramli yang terkenal dengan gelaran "whistle-blower" tetapi hanya memetik kes-kes terpilih sahaja.
Tian Chua pula menggerakkan mana-mana medium yang dikuasainya seperti Malaysia Chronicle untuk mensensasikannya lagi.
Sebahagian rakyat Malaysia mula menerima email disertakan 'summary story' sekali lagi dalam format penceritaan yang tidak memberikan sebarang bahan bukti.
Ia hanya akan (kononnya) dibuktikan oleh Rafizi selaku 'whistle-blower' namun plotnya telah diketahui melalui sebaran email 'summary story' dengan tajuk "THE BLACK ROSE".
Najib Razak sudah menghidu permainan adu-domba pembangkang. Melaga-lagakan dirinya dengan 'the living legend' Tun Dr M akan menyebabkan jentera BN goyah di peringkat tertinggi.
Sebab itu Najib terlebih dahulu melancarkan cogankata "1MALAYSIA TOLAK FITNAH".
Beberapa ilmuan telah digerakkan contohnya di Selangor sendiri, ILMU yang diketuai oleh Ustaz Fathul Bari digerakkan di peringkat bawahan untuk menangkis fitnah-fitnah yang ditebarkan. 30 point dalam negeri Selangor untuk beliau dan kumpulannya berceramah telah dikenal-pasti.
Manakala gerakan pembangkang menuju #KL112 akan dipenuhi oleh cerita-cerita sensasi mengutuk dan mengeji semua bentuk 'kejahatan' kerajaan BN termasuk kisah sensasi 'The Black Rose'.
Semuanya hanya satu; UNTUK MENDAPATKAN MOMENTUM SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU 13 NANTI.
Ini adalah permulaan besar kepada pilihanraya yang paling dahsyat dalam sejarah negara!
p/s: Oh ya! Husam Musa dan Khalid Samad juga sebuk menguruskan hal saman menyaman para penulis pro-BN untuk menjatuhkan kredibiliti penulis pro-BN manakala penulis mereka termasuk medium utama mereka seperti Harakah, MalaysiaKini dan Malaysia Chronicle ini akan sebebas-bebasnya melayangkan fitnah seperti yang dapat anda semua baca di atas.
Laporan: sinismalaysia
0 comments:
Post a Comment