Friday, 25 January 2013

[VIDEO] AZHARI SHAARI PENGERUSI PENYELARAS BL1M SELANGOR #UNDIBN


SHAH ALAM - Azhari Shaari, Ketua Pemuda Umno Shah Alam telah dilantik menjadi pengerusi penyelaras program 'Bantuan Lesen 1 Malaysia' atau BL1M bagi peringkat negeri Selangor.

Lantikan beliau telah diumumkan oleh YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, exco Pemuda Umno Malaysia merangkap pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dalam satu majlis taklimat yang diadakan di bangunan Umno Selangor baru-baru ini.

BL1M merupakan satu lagi produk Pemuda Umno Malaysia hasil kajian terhadap sikap dan keperluan anak muda melalui makmal pemuda Barisan Nasional (BN) atau BN youth lab wawasan YB Khairy Jamaluddin.

Melalui BL1M, bayaran bagi mengambil kelas dan ujian lesen motosikal hanyalah serendah RM199 dengan kos selebihnya disubsidikan oleh Pemuda Umno Malaysia.

Berikut adalah harapan pengerusi penyelaras negeri Selangor yang baru dilantik mengenai BL1M yang akan dilancarkan dalam setiap parlimen negeri Selangor tidak lama lagi:







0 comments:

Post a Comment