Thursday, 14 February 2013

[EKSKLUSIF] 'CARE TAKER GOVERNMENT' BERHAK LANTIK MENTERI 'KEMENTERIAN' JAKIM - NASHARUDDIN MAT ISA MENTERI JAKIM PERTAMA

Memertabatkan Islam sesuai dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan agama ini sebagai agama persekutuan tercapai apabila kabinet memutuskan bersetuju mengangkat taraf Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebagai satu kementerian baru.

JAKIM yang selama ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Dato Seri Jamil Khir mengetuai jabatan tersebut (bertaraf menteri) bolehlah kini melebarkan sayap dan peranannya lebih jauh apabila kabinet memutuskan kenaikkan taraf JAKIM sebagai sebuah kementerian dan tindakan ini dilihat tepat pada masanya.

Persoalan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi seringkali menjadi polemik politik apabila sebuah lagi parti yang menggunakan sentimen ke-Islaman iaitu PAS dilihat tidak berupaya menekan parti perikatan mereka terutamanya DAP dalam mengangkat agama Islam sejajar dengan kedudukannya di dalam perlembagaan.

Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS yang baru dilucutkan dari majlis syura baru-baru ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri pertama kementerian kemajuan agama Islam dan ia akan dilakukan sewaktu parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan.

Bolehkah ia (lantikan) dibuat? 

Rakan penulis truth-vaccine (klik sini) ada menghuraikan bagaimana ia dibolehkan mengikut peruntukan perlembagaan.


klik

Perlantikan Nasharuddin Mat Isa ini dilihat bakal mengukuhkan kerjasama umat Islam Malaysia yang kini kelihatan begitu teruk berpecah-belah akibat politik ke-parti-an.

Banyak pihak dilihat akan mengecam Nasharuddin atau kerajaan BN sendiri namun ia adalah polemik politik sedia ada yang berterusan dan sudah dijangka sedangkan nawaitu utamanya adalah lebih besar dan bukan semata untuk menyelamatkan kerajaan BN.

Apa pun, usaha bagi merapatkan jurang  sesama umat Islam secara diam sememangnya menjadi matlamat utama segelintir pihak tertentu termasuk kepimpinan dalam kerajaan BN, parti-parti lain serta kumpulan-kumpuan bebas dari politik.

Persoalan sebagai umat Islam: wajarkah kita mengeji atau menyokong usaha murni ini? 

"Tepuk dada anda, tanyalah imam anda semua!"

1 comments:

  1. Dalam perkara ini Ustaz Nasharuddin Mat Isa harus IKHLAS dalam penerimaan dan perlantikan beliau dalam menTransformasi prinsip-prinsip yang diperjuangkan oleh PAS. Menjenamakan semula PAS dan membebaskan PAS dari lingkungan ketaksuban ahlinya terhadap Ketua meraka Marsyidul AM dan Presiden dan Majlis Syura PAS U-Turn. Membebaskan ahli-ahli PAS dari kongkongan Sumpah Bai'ah yang diada-adakan sendiri oleh Agama PAS. Memberikan harapan dan cahaya dan jalan yang lurus dalam memertabatkan lagi agama ALLAH. Syukur dan harus waspada pada musuh-musuh Islam yang akan berdendam sehingga mereka ini dilenyapkan dari muka bumi ini. Membebaskan mereka dari Ularmak-ularmak bisu dan Parasit-parasit Syurah yang tidak berani untuk menegakkan kebenaran. Maka nanti akan bertebaranlah musuh-musuh Islam sana-sini dan akan mencuba untuk untuk merangka startegi baru mereka dalam menghapuskan Agama Allah dimuka bumi ini. Dengan harapan senario baru ini akan di muliakan oleh Allah SWT dalam menghancurkan musuh-musuh Islam. Kini dan terbukti akhir-akhir ini segala pekong, belang, nanah akan mengalir keluar dari sifat orang yang mereka agungkan. Betul kata pepatah Inggeris "What comes around will go around". Bala akan menimpa pada mereka-mereka yang memperlekeh agama Islam untuk kepentingan POLITIK. Tulisan dan kenyataan yang telah diterbitkan oleh pengamal Agama agung supaya menerima Pemerintahan Agama islam yang diunjurkan, kepada mereka yang ingkar boleh digelar sebagai Khawarij.(http://www.youtube.com/watch?v=Nyqr-g7ROP4 - PAS ada ciri-ciri Khawarij). Tenung-tenunglah dan fikir-fikirlah.......... Inilah hakikatnya

    ReplyDelete