Friday 19 April 2013

[PRU13] DEBAT PERDANA : ZULKIFLI NORDIN VS KHALID SAMAD


Bekas Ahli Parlimen Bebas di Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bertekad menumbangkan calon pakatan haram di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pakatan haram di Shah Alam, yang juga ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pakatan haram. 


Zulkifli akan mula turun padang sebaik sahaja penamaan calon dibuat pada esok hari untuk memberi penjelasan dan menyedarkan rakyat.

Menurut sumber, selain bertemu dengan pengundi di Shah Alam, beliau bersedia untuk berdebat dengan calon Pas, Khalid Samad pada bila-bila masa sepanjang kempen pilihan raya ini.

Persoalannya, adakah Khalid Samad bersedia untuk berdebat dengan Zulkifli Nordin?.  Jika kedua-dua bersetuju, debat itu sudah pasti akan menjadi tumpuan kerana setakat ini belum ada lagi calon-calon menyatakan untuk berdepat dengan lawan masing-masing.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada PAS apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

0 comments:

Post a Comment