Friday 19 April 2013

[PRU13] RAKYAT SELANGOR KENA WASPADA, MANIFESTO PR HANYA JANJI-JANJI PALSU


Pakatan haram di Selangor malam tadi melancarkan manifesto untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan janji-janji palsu termasuk bantuan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.

Tawaran yang sama dijanjikan dalam Manifesto mereka ketika PRU-12, namun tidak dilaksanakan hingga kini.

Manifesto itu juga berjanji? meneruskan program Skim Mesra Usia Emas serta memberi hadiah hari jadi berupa wang tunai RM100 kepada mereka yang berusia genap 60 tahun.

Manifesto itu turut menjanjikan pengwujudan Biasiswa Menteri Besar untuk pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Janji-Janji ini terkandung dalam manifesto PRU-13 bertema 'Manifesto Pakatan Rakyat Selangor Meneruskan Kecemerlangan' yang penuh dengan janji-janji palsu dilancar di Dataran Kemerdekaan semalam.

Manifesto pakatan haram Selangor kali ini mengandungi empat teras iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat, Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan serta Kerajaan Rakyat.

Antara lain, mereka berjanji mempertingkat kecekapan memproses urusan pemilikan tanah serta meneruskan tawaran bagi pemilikan geran tanah persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang menghuni lebih 12 tahun.

Ia juga berjanji mengusaha dan memperluas 'Polis Komuniti' yang dibiayai kerajaan negeri, memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki.

Namun rakyat sudah pasti bosan dengan tawaran dan janji-janji palsu mereka apabila gagal melaksana dan menunaikan Manifesto mereka sebelum ini. Apatah lagi, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendakwa manifesto itu bukan janji.

0 comments:

Post a Comment