Friday, 12 April 2013

TAWAR 'SAHAM AIR' SATU BENTUK RASUAH - CASSA


SHAH ALAM - Permintaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya diberi mandat sepenggal lagi bagi membolehkan beliau melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat Selangor, dilihat sebagai satu bentuk rasuah baru.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata pemberian saham air yang ditawarkan Khalid tidak masuk akal, apatah lagi pelbagai perkara asas berkaitan pentadbiran negeri itu gagal diselesaikan.

“Yang primary (utama) dia tak selesaikan lagi, jadi tak masuk akallah bila dia (Khalid) tawarkan saham tersebut dan sebagainya. Ini macam satu rasuah baru..tawarkan saham dan sebagainya.

“…mereka boleh cuba, pengundi kita matang, mereka tahu apa yang telah terjadi lima tahun kebelakangan ini. Baik buruk mereka, seperti masalah sampah, air, kepimpinan, pentadbiran dan sebagainya. Jadi mereka tak sewenang-wenangnya ditipu lagi,” katanya.

Jacob menyatakan dukacita persatuannya tidak pernah diajak 'duduk semeja' oleh Khalid bagi membincangkan isu air yang membelenggu Selangor.

“Saya seorang tokoh pengguna. Jika anda mahu betul-betul mesra rakyat dan nak tolong pengguna, anda mesti bincang dengan saya macam mana nak tolong rakyat. Sekali pun dalam tempoh lima tahun ini, anda tak jemput saya… tak bincang dengan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma’amor Osman turut menyifatkan tawaran Khalid sebagai rasuah, selain mendakwa Khalid sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai.

“Kebolehpercayaan Menteri Besar Selangor ini nampaknya telah terjejas kerana kita dapati sejak dia nafikan manifesto (Selangor) sebagai satu janji… kalau itu pun dia boleh putar belitkan, janji yang baru inipun akhirnya boleh putar belit juga.

“Jadi bagi saya, susah kita nak berpegang kepada orang yang tak amanah begini…jadi saya harap rakyat Selangor harus menilai sifat-sifat utama seorang pemimpin iaitu amanah, menepati janji, orang yang tak berkata bohong.

Khalid tak layak dapat mandat seterusnya

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin berkata, Khalid tidak seharusnya diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Selangor kerana terbukti tidak berupaya menyesaikan perkara-perkara asas.

Menurutnya, ‘track record’ Khalid menerajui Selangor selama lima tahun juga tidak memberangsangkan.

“Lima tahun bincang hal air tak selesai. Lima tahun bincang saja untuk struktur semula atau sama ada dia nak beri Langat 2 dibuat, itu pun dia tak boleh selesaikan.

“Dan Langat 2 kerajaan persekutuan tak minta duit (kerajaan negeri) sedikit pun. Minta kebenaran pun dia tak beri, kalau minta duit lagilah tak boleh.

“Jadi perkara kecil seperti itu pun dia tak boleh selesaikan, dan manifesto yang dijanjikan pun tak boleh selesaikan, bermakna rakyat boleh menilai dia seorang menteri besar yang tidak ‘capable’ untuk selesaikan apa pun masalah,” katanya.


0 comments:

Post a Comment