Friday, 12 April 2013

[KANTOI] RASUAH POLITIK MAHA DAHSYAT OLEH KERAJAAN SELANGOR!!! RAKYAT TUTUP MATA???


Setelah empat tahun dilancarkan, baru sekarang kerajaan Selangor bertindak menyerahkan sijil pelaburan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Itu pun menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dimana rakyat akan membuang undi tidak lama lagi.

Tindakan kerajaan Selangor jelas membuktikan mereka tidak ikhlas dan ia merupakan agenda politik jahat untuk memancing undi rakyat demi meraih sokongan menjelang PRU-13.

Cuba bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh pihak Barisan Nasional (BN), sudah tentu mereka riuh menuduh bahawa BN mengamalkan rasuah politik. Namun jika pakatan haram yang lakukan segala-galanya tidak mengapa. Lihatlah bagaimana jijiknya permainan politik pakatan haram yang sentiasa menipu rakyat.

Surat jemputan itu dikesan diedarkan pada semalam dimana sijil pelaburan Tawas akan diserahkan pada 21 April 2013 di Ambang Cawangan Seksyen 13 Shah Alam.

Tawas diperkenalkan oleh kerajaan Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

Namun pelaburan Tawas pernah dipersoalkan sebelum ini kerana pemohon tidak menerima sebarang bentuk pelaburan. Tawas juga tidak terlepas dari kontroversi kerana didakwa mencurigakan kerana wujud ketirisan dalam pengurusan pelaburan itu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit 2011.


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo juga pernah membangkitkan tentang isu pelaburan Tawas yang dilihat hanya sebagai umpan politik (sila klik sini).

Hakikatnya, Tawas adalah pembohongan maha dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan haram terhadap rakyat Selangor. Kerajaan yang baik akan menepati janji dan tidak tipu rakyatnya.

0 comments:

Post a Comment