Saturday, 13 April 2013

TEMPUR DAN GEMPUR!! UMB DAN NADI RAKYAT DAH BERSEDIA 100% UNTUK PERANG ALAM MAYA!!



Kealpaan dan kurang kesedaran tentang peranan siber sebagai jentera parti dilihat antara punca Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan penguasaan 2/3 majoriti parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang lalu.

Ketika itu, pihak pakatan haram menggunakan semaksimum mungkin ruang siber bagi melancarkan propaganda dengan membuat fitnah dan meracuni fikiran rakyat supaya membenci BN.

Ternyata tindakan itu memberi kesan yang sangat besar terhadap perubahan sokongan pengundi terutama pengundi baru yang terdiri dari golongan anak muda yang merupakan pengguna terbesar media sosial ketika itu.

Gerakan propaganda pakatan haram ketika itu turut dibantu oleh kelonggaran tahap keselamatan dan pengawalan oleh pihak berkuasa terhadap pengguna media sosial. Jadi mereka bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk membuat fitnah dan menamam kebencian rakyat terhadap pemerintah ketika itu.

Namun ketika ini semuanya telah berubah. BN telah bersedia untuk berdepan dengan pakatan haram dalam peperangan maya. Kesungguhan itu dapat dilihat apabila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mewujudkan Unit Media Baru (UMB) yang diketuai oleh Exco PPUM, Saudara Tun Faisal Ismail Aziz.

Kewujudan UMB adalah untuk melahirkan seramai mungkin pejuang-pejuang siber dan difahamkan pihak UMB telah melatih hampir 10,000 orang sejak ia ditubuhkan.

Selain itu, sebuah NGO yang dikenali sebagai Nadi Rakyat turut berperanan mengumpul pejuang-pejuang siber yang non-partisan tetapi bersimpati dan menyokong perjuangan Barisan Nasional.

Pihak UMB dan Nadi Rakyat dilihat banyak membantu Barisan Nasional dalam ruang siber menangkis fitnah oleh pakatan haram. Mereka turut dibantu oleh blogger-blogger dan facebooker yang pro-BN namun bergerak atas kapasiti sendiri.


Perjuangan jentera siber BN pada awalnya menghadapi sedikit kesukaran. Dimaki dengan perkataan yang menyakitkan hati antara cabaran awal dihadapi oleh jentera siber BN. Menjawab fitnah dan menyedarkan rakyat bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Apatah lagi, penyokong pakatan haram gemar memutar belitkan fakta dan berhujah secara emosi.

Berkat kesabaran dan fakta-fakta akhirnya mereka berjaya menumpaskan hujah-hujah penyokong pakatan haram dan ada diantara telah sedar dan menyokong Barisan Nasional.

Tinggal sekarang, adalah hak rakyat untuk menilai segala berita yang berselerak di dalam media sosial. Yang pasti, pejuang siber BN tidak pernah berhenti membekalkan fakta-fakta bagi menjawab fitnah pakatan haram dan menyedarkan rakyat yang menjadi mangsa penipuan pakatan haram.

Berjuang demi kebenaran!

ps: kita tempur habis-habisan demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

0 comments:

Post a Comment