Saturday 13 April 2013

PANAS!! PENYOKONG PAS SERANG PEGAWAI PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH??



KUALA SELANGOR – Berlaku kekecohan pagi ini di Simpang Tiga Puncak Alam Fasa Tiga apabila beberapa penyokong Parti PAS cuba menghalang Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah (MDKS) menjalankan tugas.

Tindakan itu berlaku apabila Pegawai Penguatkuasa MDKS mencabut bendera-bendera parti Barisan Nasional dan PAS yang dipasang di kawasan tersebut.

Menurut saksi di tempat kejadian, penyokong Parti PAS tersebut secara tiba-tiba menyerang dan memarahi Pegawai Penguatkuasa yang bertugas tanpa rasa hormat.





Pegawai-pegawai MDKS ketika itu hanya menjalankan tugas atas aduan orang awam yang kurang senang dengan keadaan tersebut kerana membahayakan pengguna jalanraya yang lalu lalang.

Apa yang dikesalkan adalah sikap penyokong PAS yang mementingkan diri tanpa menghiraukan keselamatan dan perasaan orang lain.

Sikap yang ditunjukkan mereka langsung tidak mencerminkan apa yang dibawa parti tersebut memperjuangkan islam dan mempunyai pemimpin yang berakhlak tinggi.

Mereka sepatutnya akur dengan arahan pihak berkuasa tempatan dan memberikan kerjasama apabila diminta berbuat demikian.

0 comments:

Post a Comment