SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Deepavali. Show all posts
Showing posts with label Deepavali. Show all posts

Tuesday 13 November 2012

"MERAIKAN PESTA CAHAYA" OLEH @NAJIBRAZAK


Meraikan Pesta Cahaya

Minggu ini, kita akan meraikan Pesta Cahaya yang merupakan hari penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Hindu. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu di Malaysia dan di seluruh dunia. Meskipun ia berbeza dengan perayaan masyarakat Muslim dan Cina namun ada persamaan dari beberapa aspek seperti penganjuran rumah terbuka. Ini menunjukkan kemesraan di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan fahaman agama. Saya sendiri bersemangat untuk meraikkannya bersama-sama anda semua.

Memandangkan perayaan ini ada kaitan dengan cahaya yang terang, ini seolah-olah menggambarkan masa depan negara yang cerah. Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk terus mengekalkan semangat 'nambikei' serta mendokong Gagasan 1Malaysia. Yakin dan percayalah kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kami akan terus melakukan transformasi kepada semua komuniti menerusi beberapa inisiatif bagi mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ikhlas dari Datuk Seri Najib Tun Razak