SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

[PRU13] JANJI PERUBAHAN KEPADA KAUM INDIA MELALUI KLIP VIDEO "VIDIYAL" DITOLAK RAKYAT! - #PRU13 #MANIFESTOBUKANJANJI @ANWARIBRAHIM


Kaum India Malaysia rata-rata menyampaikan ketidak-puas-hatian mereka terhadap parti PKR yang mengeluarkan sebuah klip video sepanjang 25:48 minit yang mengeluarkan harapan palsu kepada kaum tersebut.

Dimulakan dengan segmen seolah-olah pentadbiran negara begitu teruk menyebabkan kaum India tertekan dan dikaitkan dengan budaya ganas, ia diakhiri dengan janji palsu bilamana slogan "Change" digunakan bagi menggambarkan Anwar Ibrahim, sebagai seorang perdana menteri menunaikan janji-janjinya yang diambil dari manifesto rakyat bagi menempuhi pilihanraya umum ketiga belas nanti.

Sedangkan hakikat sebenarnya, janji pilihanraya umum kedua belas pada tahun 2008 masih jauh dari ditunaikan seperti kes Kg Buah Pala, Pulau Pinang.

Budaya 'samseng' yang dikaitkan dengan kaum India seperti dalam klip video "Vidayal" itu juga satu tohmahan terhadap imej kaum India sedangkan budaya 'samseng' juga amat sebati dengan parti itu yang mencapai keganasan dalam pemilihan parti mereka tidak lama dahulu.

Budaya bergaduh, bertekak, membaling kerusi dan memecahkan meja serta peti undi boleh didapati dalam banyak klip video di laman youtube serta blog.

Tidak hairan, baru sebentar ia dinaikkan, jumlah 'dislike' kini mendahului jumlah 'like' untuk klip video bertajuk 'Vidiyal - GE 13 change for sure' itu dan jumlah 'dislike' nya kini terus meningkat naik.  

Sunday, 27 January 2013

[PANAS] HASUTAN PERKAUMAN PADA MALAM PERAYAAN THAIPUSAM


PUAK PAKATAN EDAR RISALAH RASIS DALAM SAMBUTAN THAIPUSAM!!



Inilah antara sebab kenapa kita wajar tolak pakatan. Walau dimana, walau majlis sambutan apa sekali pun, mereka akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaaan.

Semalam, rakan JB yang kebetulan buat liputan tentang majlis sambutan hari thaipusam di Batu Caves telah didatangi oleh seseorang sambil mengedarkan satu buku kecil "Janji Dicapati" yang secara jelas menghasut rakyat supaya menolak kerajaan.

Tak tau apa lagi yang JB nak cakap kat puak pakatan ni. Nak kata pandai tadbir kerajaan tak ada. Tiap hari sibuk mengutuk dan mengeji kerajaan. Sibuk menghasut rakyat tukar kerajaan, padahal pemimpin pakatan tak pernah tunai janji yang dibuat dulu.

Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Pilihan di tangan anda. Mahukan kerajaan yang pandai mentadbir atau kerajaan yang hanya pandai menghasut.

Laporan: Jawa Bernam

Friday, 7 December 2012

EKSKLUSIF PANAS: MASYARAKAT HINDU MERUSUH BANGUNAN SUK SHAH ALAM




















MASYARAKAT INDIA SELANGOR MERUSUH BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (SSAAS), SUK SHAH ALAM.

Dalam diam tak diam sudah 7 buah kuil di negeri Selangor dirobohkan oleh kerajaan pakatan di bawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan masyarakat kaum India yang majoriti beragama Hindu menyerang bangunan SUK sebentar tadi.

Selain mengeji kepimpinan kerajaan pakatan di bawah Khalid Ibrahim, rata-rata perusuh ini melaungkan perkataan "PERGI MATI DENGAN HINDRAF!! MANA HINDRAF BILA KUIL DIROBOHKAN???"

Mana Hindraf?



Tuesday, 13 November 2012

"MERAIKAN PESTA CAHAYA" OLEH @NAJIBRAZAK


Meraikan Pesta Cahaya

Minggu ini, kita akan meraikan Pesta Cahaya yang merupakan hari penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Hindu. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu di Malaysia dan di seluruh dunia. Meskipun ia berbeza dengan perayaan masyarakat Muslim dan Cina namun ada persamaan dari beberapa aspek seperti penganjuran rumah terbuka. Ini menunjukkan kemesraan di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan fahaman agama. Saya sendiri bersemangat untuk meraikkannya bersama-sama anda semua.

Memandangkan perayaan ini ada kaitan dengan cahaya yang terang, ini seolah-olah menggambarkan masa depan negara yang cerah. Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk terus mengekalkan semangat 'nambikei' serta mendokong Gagasan 1Malaysia. Yakin dan percayalah kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kami akan terus melakukan transformasi kepada semua komuniti menerusi beberapa inisiatif bagi mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ikhlas dari Datuk Seri Najib Tun Razak