SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Dr Rosti Saruwono. Show all posts
Showing posts with label Dr Rosti Saruwono. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

#UNISEL #JUSTICEMYFOOT : TERBUKTI FITNAH TAPI DIDAPATI TAK SALAH!!!

Sebaik sahaja PKR menguasai kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Naib Canselor Unisel ketika itu, Prof. Dato’ Dr. Razali Agus yang telah diberikan notis berhenti 24 jam.

Prof Razali Agus mula berkhidmat dengan Unisel sejak Bulan Ogos 2007 dipecat kerana dituduh sebagai ‘orang UMNO’ telah diganti oleh Datuk Dr Rosti Saruwono pada 2 Mac 2009.

Lebih mengejutkan Dr. Rosti Saruwono turut meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24jam berkuat kuasa 3 Ogos 2011.

Alasan pemecatan Dr Rosti juga diwar-warkan sebagai ‘orang UMNO’ sebagaimana Dr Razali Agus yang dipecat sebelum ini.

Alasan mudah itu untuk melindungi kemelut sebenar campur tangan kerajaan negeri dan parti politik dalam institusi pendidikan.

Hakikatnya tindakan Rosti itu sebagai ‘membantah’ keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang diarahkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Cadangan kerajaan negeri itu berasaskan satu memorandum yang disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi Unisel yang menuduh ketiga-tiga pegawai Unisel berkenaan salah guna kuasa dalam pentadbiran universiti.

Memorandum berkenaan turut mencadangkan Rosti dipecat dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan, namun tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri. 


Menurut Dr Rosti, tindakan itu kecam dan menganiaya pegawai berkenaan yang tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Arahan kerajaan negeri tidak adil kerana pihak universiti harus menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Selepas Rosti meletakkan jawatan, hasrat kerajaan negeri memecat tiga pegawai kanan universiti itu berjaya.

Kemudian Rosti bersama tiga bekas pegawai kanan Unisel memfailkan saman fitnah terhadap empat pegawai kanan yang membuat tuduhan dalam kandungan memorandum kepada kerajaan negeri.

“Saman fitnah itu difailkan terhadap empat individu iaitu Pemangku Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam; bekas Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan, Datuk Latifah Hassan dan TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Profesor Dr Mohamad Daud.

“Ia membabitkan apa diperkatakan keempat-empat individu berkenaan dalam satu memorandum bertarikh 16 Mei 2011 dan pada sidang media 15 Ogos 2011 yang kemudian disiarkan akhbar pada 16 Ogos 2011,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Anuar salah seorang pelapor dalam memorandum itu kemudiannya dilantik Naib Canselor baru.

Namun, kes saman tidak dapat dibicarakan ke peringkat selanjutnya, apabila Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut menolak saman tersebut.

Rakyat jangan lupa! Hakim Ahmad Zaki adalah abang kandung kepada Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam penghakiman bertulisnya hakim itu mengakui bahawa kenyataan keempat-empat defendan dalam memorandum bertarikh 16 Mei 2011 tersebut adalah fitnah tetapi tidak berniat jahat.

Apakah perbezaan antara fitnah dengan berniat jahat ataupun “malice” dengan fitnah tidak berniat jahat ?

Adakah tujuan fitnah berniat baik? Penulis yakin keputusan Hakim itu ada kaitan campur tangan pihak tertentu untuk menolak saman yang dibuat oleh Dr Rosti dan tiga pegawai lain.








sumber: shahalamrebels