SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts

Sunday, 18 November 2012

DAH LAH MENIPU GERAN SELANGORKU RM300 JUTA, DUIT BAIKI JAMBATAN PUN NAK SONGLAP KE @KHALID_IBRAHIM ?




HULU YAM - Belum sampai sebulan dibaiki, Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney condong semula.

Penduduk, Ng Poh Heng berkata, jambatan yang berusia lebih 60 tahun itu baru saja dibaiki oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri pada akhir September lalu berikutan jambatan itu condong akibat hakisan tebing sungai.

“Difahamkan, kerja baik pulih jambatan itu menelan kos hampir RM60,000 yang sepatutnya digunakan untuk membina jambatan baru.

“Tapi yang berlaku bukan pembinaan jambatan baru sebaliknya tiang jambatan yang condong hanya ditegakkan dan struktur lantainya diikat yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, perasmian pembukaan semula jambatan itu setelah dibaik pulih disempurnakan oleh seorang Exco Kerajaan Negeri.

Katanya, apa yang penduduk kesalkan kerja baik pulih jambatan itu tidak sempurna sehingga mengakibatkan ia condong semula.

“Kita juga pelik, mengapa RM60,000 yang disebutkan sebagai kos membina jambatan baru hanya digunakan untuk membaik pulih jambatan.

“Sepatutnya, kos besar ini mampu menghasilkan binaan yang lebih sempurna dan selamat digunakan untuk tempoh lebih lama,” katanya.

Poh Heng berkata, jambatan gantung itu mula condong pada awal Mei 2012 dan dibaik pulih pada September lalu sebelum kembali condong pada awal November ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata, kerja baik pulih jambatan itu dilihat satu pembaziran dan dilakukan secara tergesa-gesa serta tidak teliti.

“Keadaan ini jelas satu pembaziran dan membahayakan penduduk kerana Exco yang melaksanakannya tidak memikirkan soal keselamatan tetapi hanya kepentingan politik.

“Jambatan yang dahulunya dibina kerajaan Barisan Nasional mampu bertahan lebih 60 tahun, tapi kerja Pakatan Rakyat tidak sampai 30 hari dah runtuh semula,” katanya ketika melawat jambatan tersebut, semalam - sinarharian


Laporan: shahalamrebels