SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Monday 7 January 2013

[PANAS] ANTARA HUSAM MUSA, PAPAGOMO, KICKDEFELLA DAN ZAHID HAMIDI


Pada 3hb Januari lepas, YB Dato’ Haji Husam Musa telah memberitahu pihak media supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari ini, 6 Januari 2013. Menurut sumber, Husam berkata ada pendedahan akan berlaku di Mahkamah. 

Hari ini, 6 Januari 2013, ada 2 kes saman Husam yang didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pertama ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa lawan Wan Muhammad Azri Wan Deris dan kedua ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa lawan Haji Hussain Bin Awang. 

Dato’ Haji Husam Bin Musa v. Wan Muhammad Azri Wan Deris. 

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenepikan sapina Husam Musa dalam kes saman ke atas seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri
.
Nomination Day_0163
Zahid Hamidi, berjaya gagalkan niat Husam.
Husam sebelum ini menfailkan writ saman menerusi peguam Hisham Fauzi yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan. Di dalam saman itu, Husam mendakwa Wan Muhammad Azri adalah pengendali blog Papagomo. 

Wan Muhammad Azri diwakili oleh peguam Puan Pavinder Singh. 

Harakahdaily di dalam putar belitnya pada 3 Januari 2013 (link berita) mendakwa Husam sebagai berkata,
“Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean (ejaan Harakahdaily) sebelum ini”.
Harakahdaily juga dengan secara tidak bertanggungjawab jelas telah beberapa kali mendahului Mahkamah dengan mengaitkan Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo. Bahkan Harakahdaily juga telah mendedahkan alamat Wan Muhammad Azri di laman sesawang milik PAS itu. Tindakan ini dilihat sebagai cubaan intimidasi ke atas Wan Muhammad Azri. 

Dato’ Haji Husam Bin Musa v. Haji Hussain Bin Awang. 

Pihak Husam Musa hari ini memohon menarik balik saman ke atas Haji Hussain Bin Awang. 

Demikian menurut Peguam Nor Azli Ahmed yang mewakili Haji Hussain, Pengarah Pelajaran Kelantan. Husam menyaman Haji Hussain pada awal tahun 2011.
Peguam Nor Azli Ahmed, mewakili Defendan.
Peguam Nor Azli Ahmed, mewakili  defendan.

Nor Azli memaklumkan bahawa pihaknya telah bersedia untuk perbicaraan yang sepatutnya bermula pada hari ini. Haji Hussain bersama saksi-saksi defendan telah hadir tetapi Husam langsung tidak kelihatan di Mahkamah. 

Mahkamah Tinggi Kota Bharu kemudiannya bersetuju membenarkan permohonan peguam Husam dengan kos dan kebebasan untuk menfailkan semula saman tersebut. 

Pada 19 Disember 2012 lalu, Husam juga telah tidak hadir untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes samannya terhadap Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Mahkamah Tinggi Kuantan terpaksa menangguhkan kes itu setelah perbicaraan berlangsung hanya selama 30 minit di atas permohonan peguam Husam. 

Pada bulan Februari dan Mac 2013, jadual Husam dilihat penuh dengan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Kuantan. Antaranya ialah kes saman Kelantan Golden Trade lawan Utusan Malaysia dan 3 lagi. Husam adalah pengerusi Kelantan Golden Trade, sebuah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Kelantan Golden Trade menyaman para defendan antaranya berdasarkan laporan mereka terhadap tulisan di dalam blog Kickdefella yang meminta Husam mendedahkan hubungannya dengan seorang lelaki bernama Umar Ibrahim Vadillo. Husam sehingga hari ini tidak menjawab dan Umar pula didakwa sejak kes itu telah pergi ke Pakistan dan tidak pulang ke Malaysia. 

Pada 20-28hb Februari 2013 pula Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mulakan perbicaraan kes Husam saman Utusan Malaysia dan pengarangnya berhubung sebuah artikel yang ditulis oleh Saudara Zulkiflee Bakar pada Mei 2009. Pada 28hb Februari hingga 8 Mac 2013 pula perbicaraan kes Husam saman Syed Azidi akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuantan. - sumber