SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Puteri. Show all posts
Showing posts with label Puteri. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

PENGGULUNGAN #PAU2012 : [VIDEO] PUTERI BANGKIT AZAM DATUK ROSNAH @ROSNAH_ARS @TUNFAISAL @RAZLANRAFII


Ucapan padu dan berapi oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebentar tadi menyampaikan keazaman beliau serta ahli-ahli pergerakannya untuk bangkit bersama Pemuda dan Wanita menuju pilihanraya ke 13 dan memastikan kemenangan BN.



Thursday, 29 November 2012

#PAU2012 : SERANGAN LUAR BIASA [STATISTIK AM] PORTAL PEMBANGKANG KE ATAS PERSIDANGAN UMNO PADA HARI PERTAMA SAHAJA




1) PORTAL A
8.00 PAGI – 9.00 PAGI
CAN UMNO REALLY CHANGE ITS SPOTS? (1 KOMEN)
Perhimpunan sayap Umno tumpu persediaan p'raya (20 komen)
11.30 tengahari – 12.30 tengahari
Khairy: Fight like Churchill, never surrender! (65 komen)
Shahrizat to Malays: Unite or lose political power (110 komen)
Shahizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk' (238 komen)
KJ: Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana' (87 komen)
Puteri Umno tarik sokongan pengundi atas pagar
Rosnah: Tangani politik fitnah dengan fakta, bukan emosi ( 12 komen)
3.30 petang – 4.30 petang
Diplomatic Kamilia holds back all-out support for Shahrizat (2 komen)
PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat (64 komen)

2) PORTAL B
10.30 PAGI -11.30 PAGI
It’s the system that turns good leaders bad (7 komen)
12.30 tengahari – 1.30 tengahari 
Ucapan Muhyiddin sedarkan rakyat
Umno wings set moderate tone (2 komen)
2.30 petang – 3.30 petang 
Shahrizat still harbours hope of contesting (6 komen)
3.30 petang -4.30 petang
Umno sudah sedia lalui peralihan generasi

3) PORTAL C
12.00 AM– 9 PAGI AM
Street chaos if Pakatan loses GE13, Umno reps agree (20 KOMEN)
Heed Muhyiddin warning about Pakatan, Umno leaders say (6 KOMEN)
Umno wings kick off annual meets
12.00 tengahari – 1 petang
Shahrizat: May 13 could repeat if Umno weak (12 komen)
Weak Umno means powerless Malays, Shahrizat warns (20 komen)
2.30 petang – 3.30 petang
Despite scandal, Shahrizat harbours hopes of staying on (2 komen)
Puteri Umno plots charm offensive to win neutrals
Can’t win with empty promises, Khairy tells Umno Youth

1. Di atas adalah senarai artikel yang dikeluarkan di portal pro-pembangkang sehingga petang ini.

2. Graf di atas merujuk kepada konsistensi fokus artikel yang dikeluarkan.

Fokus Pertama

3. Dapat dilihat bahawa Sayap Wanita menjadi fokus kepada serangan mereka.

4. Seperti yang dikeluarkan oleh artikel 'Bagaimana Pembangkang Akan Mengeksploitasikan Perhimpunan Agung UMNO 2012' didapati trend yang dijangka akan dimainkan bertepatan.

5. Kekuatan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO masih lagi menjadi satu bentuk ancaman kepada Pakatan Pembangkang yang masih tidak mampu untuk mengeluarkan seorang tokoh dari kalangan wanita Melayu.

6. Imej Nurul Izzah yang menjadi tonggak kepada wanita Pakatan Pembangkang akhirnya musnah akibat daripada kenyataan beliau sendiri apabila tidak menyokong bahawa orang Melayu itu mestilah beragama Islam.

7. Perkara ini disedari oleh pihak Pakatan Pembangkang, namun belum ada seorang pun dari kalangan wanita yang boleh membawa arus dan aura sepertimana yang ditunjukkan oleh DS Sharizat walaupun beliau telah dikaitkan dengan isu NFC. Isu tersebut tidak menghalang beliau untuk terus popular di kalangan Wanita 

8. Cubaan untuk melagakan antara Kamilia dan Sharizat juga adalah satu tindakan terdesak kerana tidak ada isu dapat dikutip sepanjang perhimpunan ini.

Fokus Kedua

1. UMNO sebagai parti pula menjadi fokus yang kedua. Portal pro-pembangkang ini mengambil sudut perubahan kepada UMNO, mengeluarkan persoalan kepada pembaca samada UMNO sudah berubah ataupun belum.

2. Ingin digambarkan kepada pembaca bahawa UMNO ini memang teruk dan korup. Maka dengan menggunakan konsep perubahan ini, mereka ingin mengalihkan pandangan pembaca terhadap situasi sebenar UMNO dan bukannya perubahan ke arah kebaikan.

3. Kebaikan yang telah dilakukan oleh UMNO seolah-olah tidak wujud, keburukan dan kejahatan adalah sifat sebenar UMNO.

4. Kaedah yang dinamakan 'bad before good' ataupun 'realiti vs hope' adalah permainan propaganda yang lazim dimainkan oleh Parti Republikan di Amerika.

5. Republikan akan mengatakan bahawa Demokrat yang dipimpin oleh Obama boleh menjadi lebih baik dari sudut pentadbiran dan pengurusan kewangan. Namun begitu, ingin digambarkan bahawa perubahan yang dibawa oleh Obama belum berlaku dan hanyalah angan-angan sahaja.

Fokus Lain

1. Fokus Sayap secara keseluruhan, Sayap Puteri, Sayap Pemuda, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetap dimainkan tetapi secara berkadaran.

2. Mereka tidak mahu untuk mempromosikan secara berlebihan kerana ternyata fokus yang disenyapkan ini adalah kekuatan utama UMNO. Sentuhan-sentuhan secara permukaan sahaja dikeluarkan dan tidak menjurus terus kepada fokus tersebut.

Perkara Yang Tidak Menjadi Tumpuan

1. Secara pandangan kasar, jelas satu perkara langsung tidak disebut oleh mana-mana portal terkemuka ini; iaitu doa yang dibacakan oleh Ust. Affendi sebelum ucapan perasmian sayap oleh TS Muhyiddin Yassin.

2. Ini jelas melihatkan bahawa UMNO telah menjuarai isu doa bala yang dibacakan oleh PAS semasa Muktamar tempoh hari.

3. Mana-mana portal, blog mahupun facebookers pembangkang langsung tidak memainkan apa-apa isu yang berkaitan dengan doa tersebut. Malah, mereka harapkan isu doa ini akan berlalu serta dilupakan oleh pihak UMNO sendiri.

4. Dilihat juga bahawa pada hari ini, isu yang bermain di facebook pembangkang adalah serangan terhadap Sultan Pahang. Ini sengaja dihidupkan supaya rakyat akan beralih daripada fokus Persidangan ini kepada isu yang berlainan tetapi berkait rapat dengan institusi kenegaraan.

5. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.


Laporan: truthvaccine