SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label UIAM. Show all posts
Showing posts with label UIAM. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

PRO-MILITAN UIAM SUBVERSIF PEMBANGKANG DALAM UNIVERSITI

Pendedahan Rakaman Video Oleh Pelajar UIAM ini menunjukkan kebiadapan pelajar UIAM sendiri yang tidak menghormati Timbalan Rektornya sendiri, Dato' Dr. Mizan yang cuba menjelaskan perkara sebenar tentang kepincangan sistem yang berlaku semasa Pilihanraya Kampus UIAM pada 25hb September yang lepas.

Sikap pelajar UIAM #ProMenipu ini tidak dapat menghormati seorang Timbalan Rektor mahupun seorang yang lebih berumur daripada pelajar tersebut. Adakah ini akhlak yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pelajar yang datangnya daripada Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?

Lihat sendiri bagaimana mereka biadap dalam berkata-kata :





Jika dilihat semula mereka ini seolah-olah berdendam dengan Timbalan Rektor. Teringat pula kes fitnah WUFI terhadap Timbalan Rektor di [SINI]. Tambahan pula pekung mereka terbongkar maka mereka akan terus menyalahkan Timbalan Rektor walhal merekalah dalang disebalik pengundian pilihanraya kampus semula SRC IIUM 2012/2013.

Malahan berita yang Keris terima petang tadi yang mana kemungkinan perkara ini sedang berlaku sekarang adalah kehadiran seorang budak yang mengaku mahasiswa tetapi punyai perangai paling sampah dan memalukan iaitu Khalid Ismath.


Tak mustahil budak WUFI jadi kurang ajar kalau Khalid Ismath orang mereka jadikan ikon. Apapun setelah meneliti video-video yang Keris lihat di channel Youtube MediaIIUM masih ada juga mahasiswa yang boleh berfikir dengan matang.

Tetapi kebanyakan yang lain menunjukkan sifat PAS mereka. Jangan terkejut jika anda nak tahu kebanyakan calon yang bertanding adalah penyokong PAS. Akan Keris dedahkan kemudian. Yang pastinya mereka yang membawa aspirasi pembangkang disokong oleh WUFI

  

K7L : Sian mak ayah yang anta anak pergi belajar..balik-balik jadi kurang ajar..

sumber: Tun Faisal 

Thursday, 20 September 2012

@MAHASISWAMSIA DIPENGARUHI TEKTIK GERILA PAKATAN PEMBANGKANG DI UIAM #MEDIASIBERUIAM



Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung pada 25 September ini telah mengubah landskap kempen dari luar kampus ke dalam kampus oleh pihak pakatan. Atas kekuatan jentera Pro-Aspirasi di UIAM, maka pihak Pro-Mahasiswa telah gelabah dan terpaksa mendapatkan pertolongan dari luar untuk membantu mereka menjatuhkan imej Pro-Aspirasi yang dilihat sebagai penyokong aspirasi kerajaan.

Maka bagi JB tidak mustahil yang surat ini telah dibuat dan diedarkan kepada rektor universiti untuk meninggalkan isu besar sempena menjatuhkan reputasi jentera Pro-Aspirasi.

JB juga tidak teragak-agak mengatakan yang pertolongan pakatan dari luar adalah sedikit sebanyak membantu pergerakan mahasiswa yang mendokong ideologi politik pembangkang. Dan yang lebih parah adalah mahasiswa ini di ajar untuk berkempen secara drastik bagi mendapatkan kemenangan dan mengekalkan Majlis Perwakilan Pelajar di UIAM.

Nampaknya pakatan telah berjaya menghasut mahasiswa UIAM untuk bermain politik cara kotor mereka. Tunggulah akibat yang bakal diterima oleh puak pakatan. Surat ini dikeluarkan terlebih dahulu oleh blog-blog pakatan haram dan ternyata ianya sengaja dimainkan agar reputasi UMNO dan Pro-Aspirasi hancur. 

Jahat gila permainan politik pakatan dan Pro-Mahasiswa UIAM.

sumber: jawabernam