Saturday, 23 June 2012

GERAN SELANGOR RM300 JUTA ATAU COKELAT DING DANG?


"Tora datang lagiii...", begitulah bunyi iklan jajan Ding Dang yang begitu popular satu ketika dulu terutama bila pelakon komedi terkemuka Mat Sentol menjadi maskot utamanya.

Iklan ini menjadi sumber inspirasi ketua tadbir kerajaan negeri Selangor, YAB Tan Sri Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim.

Ibarat anak kecil yang berebut mahu mendapatkan jajan Ding Dang tak kala ibu atau bapa membawanya pulang ke rumah, GERAN SELANGOR BERNILAI RM300 JUTA menjadi "cokelat atau gula-gula" kepada rakyat negeri Selangor bagi mengundi pakatan mereka. Jelas Khalid (seperti video di bawah), ia akan digunakan kononnya bagi membantu rakyat Selangor terutama dalam membaiki infrastruktur rakyat seperti longkang dan jalanraya.

Namun masalah utama seperti perparitan yang tersumbat hingga menyebabkan banjir besar di Gombak dan Kajang mahu pun masalah sistem pembuangan sampah tak terurus terus menghantui rakyat negeri Selangor yang tertanya-tanya bilakah Geran ini akan digunakan. Adakah sewaktu pilihanraya nanti?

Jika benar, amat malang rakyat Selangor yang terpaksa menantikan musim pilihanraya bagi menggunakan duit mereka sendiri yang membayar cukai kepada kerajaan negeri seperti cukai pintu dan tanah.


Lebih kelakar bila "cokelat Geran Selangor RM300 juta" ini turut menjadi idaman ahli politik lain termasuk YB Azmin Ali dan rakan sekutunya yang "lapar" di dalam PKR hingga bergaduh sesama sendiri.

0 comments:

Post a Comment