Sunday, 24 June 2012

HOI KHALID... MANA RM300 JUTA TU?


Geran Selangorku bernilai RM300 juta bukan satu jumlah yang kecil terutama ia melibatkan wang cukai rakyat yang dikutip oleh kerajaan negeri melalui cukai-cukai pintu, tanah, kilang, perniagaan dan berbagai lagi.


Kelmarin, telah disiarkan di sini (klik) sedutan kenyataan lisan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai agendanya dalam menggunakan geran tersebut terutama bagi membantu meningkatkan infrastruktur rakyat termasuk pembersihan saluran sungai, longkang, jalanraya, pembersihan dan sebagainya.


Mari kita imbas sejauh mana Khalid akan menggunakan dana Geran Selangorku yang menjadi rebutan para ahli politik pakatan termasuk Azmin Ali dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Selangor...


DISEMBER 2011 (KAJANG)




MAC 2012 (HULU LANGAT)




MEI 2012 (KAJANG)




MEI 2012 (GOMBAK)




Politik wang tidak asing dalam benak rakyat Malaysia dan ia sering dikaitkan dengan ketamakkan pemimpin BN yang membentuk kerajaan persekutuan atau negeri-negeri yang diperintah mereka. Setiak-tidaknya itulah yang sering dimomok-momokkan oleh pemimpin pakatan terhadap BN.


Namun di Selangor, perkara berkaitan WANG nampaknya turut menjadi agenda utama kerajaan pakatan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.


Pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebuk bercakaran sesama sendiri demi merebut dana Geran Selangorku bernilai RM300 juta yang terkumpul hasil keringat rakyat Selangor tetapi kebajikan sebenar rakyat adalah sebagaimana yang dapat kita tonton di atas. 


Ini belum lagi dikaitkan dengan cara mereka menguruskan pelupusan sampah yang menjadi rungutan besar rakyat Selangor!


Setakat ini, Geran Selangorku hanya wujud di atas kertas dan meniti dibibir manis Khalid Ibrahim dan konco-konconya. Memang wajar jika rakyat mempersoalkan kewujudan dana tersebut dan bagaimana ia bakal digunakan sebagaimana klip video di bawah ini...



0 comments:

Post a Comment