Friday, 22 June 2012

KOMUNIS SELANGOR?


Nirvana Memorial Park Shah Alam di Seksyen 21 dikatakan terbinanya sebuah 'Tugu Pejuang Malaya Menentang Jepun' yang sebenarnya adalah Tugu Komunis.


Sejak Selangor diperintah oleh pakatan haram, terdapat banyak perubahan yang berlaku di Shah Alam.

Lambakan rumah urut dan pusat-pusat hiburan antara tarikan baru di kawasan yang diwakili oleh ahli parlimen dari PAS iaitu Khalid Samad (MP Malas).

Adalah pelik, fenomena 'menjahanamkan rakyat' itu wujud selepas Khalid Samad yang juga Pesuruhjaya II PAS Selangor memenangi kerusi parlimen Shah Alam pada PRU-12. Seorang yang menonjolkan dirinya sebagai orang alim dan bijak menghentam kerajaan.

Tapi apa yang berlaku sekarang? Shah Alam yang dulunya terpelihara dari segala ancaman maksiat ketika diperintah oleh Barisan Nasional (BN)berubah wajah ke lembah kehinaan yang maha dasyat!

Maksiat berleluasa! Jalan yang berlubang-lubang! Rumput panjang macam jambang Khalid Samad! Hotel budget berleluasa! Tiada aktiviti orang muda! Dan banyak lagi cerita buruk tentang Shah Alam yang penulis malas nak cerita.

Warga Shah Alam! Itulah hadiah pakatan haram kepada kita!

Terbaru, penulis makin panas dengan penemuan yang memeranjatkan! Apa tidaknya, sebuah tugu komunis ditemui di Shah Alam?

Tugu komunis itu ditemui terbina di Nirvana Memorial Park Shah Alam di Seksyen 21 yang kecoh kerana pembinaannya mendapat bantahan penduduk di Shah Alam.

Tapi suara rakyat, pakatan haram tidak mahu dengar. Kononnya itu kerja orang-orang UMNO. 

Pembaca sekalian, Nirvana Memorial Park Shah Alam dibina pada 2008 selepas kerajaan Selangor diperintah pakatan haram. Memorial Park ini dibina dan diuruskan oleh NV Multi yang turut menguruskan kebanyakkan Memorial Park di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pembaca boleh rujuk di laman web NVAsia (KLIK SINI)

Kita semua tahu, bahawa Shah Alam adalah kawasan elit orang Melayu. Namun sejak akhir-akhir ini ada gerakan dan usaha untuk mengubah geopolitik penduduk di Shah Alam.

Menurut sumber, penduduk kaum cina meningkat mendadak bilangannya. Orang cina semakin ramai menetap di Shah Alam. Pusat komersial dan premis-premis semuanya dimonopoli oleh mereka. Perubahan paling ketara ialah taman-taman rekreasi di Shah Alam sudah macam taman-taman rekreasi di Damansara dan Subang Jaya.

Tidak ketinggalan, kondominium mewah yang harganya 300k ke atas dibina berleluasa di Shah Alam. Untuk siapakah ini semua? Rata-rata orang Melayu tidak mampu beli apalagi orang muda macam penulis.

Penulis takut, satu hari nanti 'Tanah Melayu' tinggal nama sahaja. Orang Melayu tidak boleh bangga lagi bahawa ini adalah tanah melayu, orang Melayu yang punya. Ini kerana semua hartanah telah dimiliki dan dimonopoli oleh orang cina.

Bukan penulis cuba bermain isu perkauman! Tapi hanya pelik kenapa semua ini berlaku selepas Selangor diperintah pakatan haram.

'91 pejuang-pejuang suci bangsa' itu tulisan yang dikatakan tertera pada Tugu yang dikatakan Tugu Komunis. Jadi  komunis adalah pejuang suci bagi orang-orang cina?

Maka tidak hairanlah kenapa kerajaan pakatan haram tidak peduli tentang pembinaan Tugu Komunis itu. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pun menyokong komunis dan menuduh pihak polis ketika zaman British sebagai 'anjing penjajah'.

Sekali lagi, fenomena kepelikan ini berlaku selepas pakatan haram menang besar pada PRU-12. Tidakkah rakyat sedar?

Adakah rakyat tidak sedar hakikat ini? Tidakkah rakyat terfikir kesan fenomena ini? Penulis menyeru kepada semua terutama penduduk di Shah Alam, kita beri pengajaran kepada pakatan haram. 

Kita pastikan pakatan haram kalah teruk pada PRU-13 kelak! Yang paling penting, kita bungkuskan Khalid Samad di Shah Alam!

Manusia yang menggunakan agama untuk kepentingan politiknya!

0 comments:

Post a Comment