Friday, 22 June 2012

NOTIS RAMPASAN MASJID

Gambar hiasan

Masjid Al-Muttaqin, Insya-Allah akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini 22/06/2012 selepas solat Jumaat berkaitan isu rampasan pentadbiran Masjid oleh orang luar kariah di mana rampasan tersebut terdapat unsur dan bermotifkan politik. 

AJK lama masjid telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu, dan hari ini, masjid mereka dirampas. AJK baru dilantik tidak mengikut prosedur dan di kalangan JK baru pula mereka semua bukan dari kariah masjid tersebut. Bantahan akan dibuat dan memorandum akan diserahkan kepada Sultan Selangor.

Diharap sesiapa yang berkesempatan dapat menghadirkan diri dan memberi sokongan kepada AJK masjid paling kurang memberi sokongan moral. 

Blogger dan wartawan boleh juga datang untuk buat liputan.

Turut menyatakan kehadiran adalah TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Sinar Harian. 

0 comments:

Post a Comment