Thursday, 28 June 2012

MASALAH BESAR PASAR BORONG SELAYANG DITUTUP DENGAN GULA-GULA KERAJAAN "RUBBISH" DARULSAMPAH

Harian Metro 4/6/2012
Pindah kali ke-5 turut bermasalah
SELAYANG: Kehadiran Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur di tepi Jalan Ipoh mengancam hampir 200 peniaga di Pasar Harian Selayang Baru.
Normah Mohd Abdullah, 54, berkata, kewujudan pasar besar berkenaan termasuk dua pasar raya yang beroperasi 24 jam membuatkan pendapatan mereka di pasar terawal di sini, merosot hampir 60 peratus.
“Kami berniaga di sini sejak 40 tahun lalu. Malah, sebahagian besar penjaja mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga mereka.
“Jika dulu kami boleh memperoleh pendapatan RM800 hingga RM1,000, tetapi sejak lapan tahun lalu, pendapatan kami merosot kepada RM400 sehari,” katanya di sini.
Menurutnya, sudah empat kali penjaja dan peniaga kecil dipindahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan kali kelima membabitkan perpindahan ke sebuah pasar moden lima tingkat.
“Sepatutnya kami berpindah empat tahun lalu ke bangunan bertingkat berkenaan, namun kriteria bangunan baru itu tidak sesuai untuk penempatan kami selain jumlah tapak di sana tidak mencukupi untuk memindahkan semua peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar secara sah.
“Selain itu, saiz gerai di sana lebih kecil selain terpaksa berkongsi tempat letak kereta di tingkat lima dengan penduduk perumahan berhampiran.
“Ia juga dibina bersebelahan dengan sebuah sekolah agama dan masjid, sudah tentu bau busuk pasar basah boleh mengganggu keselesaan mereka,” katanya.
Katanya, peniaga kecil dan penjaja di situ tidak pernah dibawa berbincang mengenai pembinaan pasar moden itu sebaliknya mereka hanya mengetahui selepas ia siap.
Sementara itu, Azlan Adam, 39, menyifatkan tindakan MPS menjadikan balai raya berhampiran sebagai gelanggang futsal menyebabkan pasar basah berkenaan berdepan masalah kekurangan parkir.
“Ini menyebabkan orang ramai sukar meletakkan kenderaan apabila berkunjung ke sini sejak pembukaan futsal berkenaan. Bukan hendak menghalang orang ramai untuk beriadah, tetapi mengapa tidak membina bangunan baru untuk sukan itu,” katanya.
Kini, kata Azlan, orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan di bahagian belakang pasar yang baru saja ditabur batu selepas sekian lama dibiarkan berlopak oleh pihak berkuasa.
Pasar yang terletak di Jalan 9, Off Jalan Pasar Besar Selayang Baru itu boleh dianggap daif. Hanya peniaga makanan, penjual ikan, ayam dan daging saja yang menjalankan operasi di bangunan berbumbung manakala selebihnya terpaksa menggunakan payung dan meja di tepi jalan.
Keadaan itu menyebabkan mereka berdepan masalah tapak pasar becak seterusnya menyukarkan kerja pembersihan dilakukan. Air kotoran pula mengalir terus ke longkang berhampiran menyebabkan kawasan itu kotor dan berbau busuk.
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Selayang, Mustafa Sarip Khan berkata, pihaknya mengadakan gotong-royong setiap tiga bulan sekali untuk membersihkan kawasan pasar.
“Ia penting untuk menjaga kebersihan selain mengelakkan pembiakan tikus. Namun, seperti biasa, hanya sebahagian peniaga yang mahu ikut serta,” katanya.
Selain itu, beliau berharap pihak berwajib tidak membenarkan pasar raya besar beroperasi 24 jam kerana mereka sepatutnya hanya beroperasi jam 10 pagi hingga 10 malam seperti operasi pasar raya biasa.

****



Berapa lama lagi masalah pasar borong Selayang ini akan membelenggu peniaga serta penduduk di situ?

Pasar borong Selayang tidak habis-habis dengan masalah tidak kira kepada peniaga di situ terutamanya peniaga tempatan mahupun penduduk yang biasa membeli-belah di sana.


Ada saja rungutan yang kedengaran dan perkara ini sewajarnya mendapat perhatian utama Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


Antara masalah utamanya adalah prasarana pasar ini yang semakin bobrok walaupun sedikit demi sedikit diperbaiki. Namun, pemulihan prasarana di sini dibuat seolah-olah melepaskan batuk ditangga oleh MPS.


Selain komplen mengenai warga asing yang mengaut keuntungan luarbiasa dengan menjadi peniaga di situ, masalah terbesar kepada penduduk yang menjadi pelanggan setianya adalah kawasan parkir yang kurang dan tidak terurus. Bangunan baru yang didirikan bagi menempatkan peniaga yang sudah lama berniaga di sini tidak mampu mengatasi tuntutan peniaga dan pelanggan dan seolah-olah dibina secara "tangkap muat" bagi keuntungan "kontraktor" tertentu. 


MPS di bawah pemantauan kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh exco-nya YB Ronnie Liu sehingga kini gagal mengeluarkan sebarang kenyataan untuk harapan peniaga dan pelanggan pasar ini.

Normah Mohd Abdullah - peniaga
Dalam pada itu, pengamatan kami melalui media-media alternatif melihat beberapa pihak dari parti tertentu mengambil kesempatan dengan cubaan "menyembunyikan" keadaan sebenar kawasan pasar borong tersebut apabila apabila dengan bangganya menyebarkan gambar penuh propaganda seolah-olah dengan meletakkan batu menutupi kawasan becak di bahagian parkir adalah mencukupi sedangkan masalah kepada peniaga dan pelanggan adalah lebih dari itu.




Ini terbukti dengan keluhan dari salah seorang pelanggan tetap seperti petikan di bawah ini.


Azlan Adam - pelanggan
Sebenarnya, peniaga dan pelanggan di pasar borong selayang ini mulai jelek dan muak dengan sikap MPS serta pemimpin kerajaan negeri terutama di bawah portfolio exco-nya, Ronnie Liu yang hanya suka melakukan "gimmick" silap mata menutup kelemahan besar mereka dengan perbuatan kecil seperti meletakkan batu crescent kemudian memperbesar-besarkannya seolah masalah utama pasar tersebut telah pun diselesaikan.


0 comments:

Post a Comment