Saturday, 23 June 2012

MASJID MEDAN POLITIK PAS, UMAT ISLAM PECAH BELAH



Gila kuasa dan parti Pas memang tak boleh dipisahkan. Demi kuasa orang Pas sanggup melakukan apa sahaja hatta melakukan perkara yang melanggar peraturan yang sepatutnya dipatuhi oleh manusia yang waras jiwa dan raganya.

Sejak dari dulu lagi Pas bercita-cita untuk menguasai masjid di seluruh negeri Selangor. Pendek kata pantang ada masjid jer mereka akan berkomplot untuk menguasainya, agar segala kepentingan politik mereka dapat dilunaskan.

Begitulah yang berlaku dalam episod rampasan kuasa di Masjid Al Mutaqqin, di Equine Park, Seri Kembangan. Selepas solat Jumaat tadi, ahli jawatankuasa lama yang tidak senang dengan segala satu perancangan jahat pemimpin pas telah membuat sidang akhbar bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan cara pemimpin pas yang mengetepikan keputusan pemilihan jawatankuasa yang dipilih secara sah oleh kariah masjid.



Apa yang peliknya, nazir masjid telah melantik satu senarai baru AJK masjid tanpa ada pemilihan. Malah dikhabarkan ada di kalangan yang dilantik pula orang luar yang bukan ahli dikariah masjid tersebut. Mengikut maklumat yang diterima, tindakan ini dibuat disebabkan kebanyakan AJK lama didakwa tidak menyokong kem parasit dalam Pas Selangor.

Ada dikalangan ajk baru yang dipilih pula tidak tahu menahu namanya dimasukkan sebagai AJK masjid, sebab tiada pemilihan dibuat. Pemimpin pas dah buat masjid ni bapak dia yang punya.


Dalam sidang media tadi, mereka yang terlibat menjelaskan mereka akan menghantar memorandum kepada Sultan tentang salah laku pemimpin Pas ini.

0 comments:

Post a Comment