Friday, 22 June 2012

RAFIZI-GATE


Menjadi berita panas kelmarin adalah “twitter” Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang melepaskan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Barisan Pembangkang dalam dewan parlimen.

Bertanyakan kepada dua penulis atau kolumnis pro-pembangkang, masing-masing dari “Malaysiakini” dan “The Malaysian Insider”, mereka merasakan bahawa ia ada kena mengena bersabit pertelingkahan dalaman antara Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim serta YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor terutama berkaitan dana Selangor di bawah Geranku Selangor bernilai RM300 juta yang dikawal-selia oleh Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin.

Ujar mereka lagi, Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim diwakili oleh Rafizi tidak mendapat langsung laba atau faedah dari dana Geranku Selangor di atas.

Mereka turut menganggap perletakan jawatan Rafizi berkemungkinan satu protes kepada kepimpinan Anwar Ibrahim yang melebihkan individu-individu tertentu di dalam PKR. Apa pun, mungkin penulis/kolumnis tersebut punyai pandangan yang lain dalam tulisannya kelak (mengikut kemahuan editor masing-masing).

Manakala blogger “The Unspinners” pula menyebut di dalam blognya bahawa perletakan jawatan Rafizi adalah kemuncak protes beliau terhadap sikap Anwar Ibrahim yang meletakkan beliau selaku calon di kawasan Pandan yang umum maklum adalah kawasan majoriti kaum Cina. Merasakan bahawa peluangnya untuk memenangi parlimen Pandan adalah suatu yang sukar berbanding kawasan di kampung halamannya, Terengganu, tindakan meletakkan jawatan mungkin akan membuka hati Anwar untuk menukar semula keputusan terdahulu.



Manakala beberapa blog lain seperti exco Pergerakan Pemuda UMNO, saudara Tun Faisal Ismail Aziz pula cuba mengaitkan tindakan Rafizi itu dengan kegagalan beliau mengatasi populariti Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin terutama setelah debat di antara keduanya berlangsung tidak lama dahulu.

Mymassa pula mempunyai "point" yang baik dalam mengugut kerajaan negeri Selangor terutama dalam "membogelkan" isu dana terkumpul kerajaan negeri bernilai RM50 billion. Membuka semula catatan belanjawan kerajaan negeri berkaitan mega projek seperti pembersihan air sungai Klang, dan membuka ruang pekerjaan kepada lebih 150,000 penduduk Selangor, Mymassa turut menyebut nama Rafizi dalam laman blognya sebagai orang yang akan didedahkan terlibat dalam penipuan terancang bagi memancing keyakinan undi pengundi Selangor. Mungkinkah ini juga menjadi penyebab tekanan kepada Rafizi hingga meletakkan jawatan yang disandang dalam pejabat penasihat ekonomi negeri itu?

  

Apa pun teori yang dikupil oleh mana-mana penganalisa dan pemerhati politik, PKR di bawah Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, seringkali dapat menyenyapkan apa saja kontroversi yang wujud di dalam parti tersebut seperti pemilihan 2010 dahulu yang penuh dengan "kekerasan" serta "tidak demokratik". Inilah yang dipanggil sebagai "gag order".

Sejauh mana kontroversi yang melibatkan Rafizi serta pergolakan dalaman Selangor dapat disenyapkan, kita tunggu dan lihat!


sumber: Greenhood

0 comments:

Post a Comment