Wednesday, 25 July 2012

#KHALID-GATE : MANA GERAN SELANGORKU RM300 JUTA?! #TALAM #SELANGOR4SALE


"Selamat datang ke negeri KORPORAT SELANGOR', Selangor sedia untuk dijual"

Percayalah! Selangor di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid-G tidak sama sekali akan memakai “Buku Jingga” sebagaimana yang dikehendaki oleh pakatan.

Atau, mungkin saja “Buku Jingga” dan motto “negara/negeri berkebajikan” hanyalah madah berhelah pakatan dalam meraih undi bakal pengundi PRU13 nanti.

Di sebalik “skandal Talam” yang memperlihatkan sebanyak RM676 juta wang rakyat Selangor dilabur dalam pembelian hutang Talam melalui aset hartanahnya, Khalid-G dan para CON-sultants nya telah merangka pelan pembangunan bagi tujuan mencari pelabur untuk memajukan tanah-tanah yang dibeli semula itu.

Chua Tee Yong kata "mana Kertas Putih yang dijanjikan?". Tony Pua kata "jom debat!", Khalid-G kata "tak apa, 
kita belanjakan duit rakyat lagi untuk upah 5 firma antarabangsa untuk menilainya"

Antara yang dikenal-pasti oleh TMS adalah tanah Bestari Jaya yang berkeluasan 2,263 ekar tanah pajakan yang dibeli semula oleh kerajaan negeri dari Talam berharga RM181 juta atau lebih kurang RM80 ribu seekar.

Tanah yang didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan merupakan Pengerusi Biro Profesional Muda parti MCA itu sebagai tanah yang dibeli menjangkaui harga pasaran dinilai dari tanah-tanah sekelilingnya itu didapati telah “di-pattern-kan” semula oleh CON-sultants di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk dijaja kepada pelabur yang berminat memajukannya disebalik menggunakan PNSB sebagai pembiaya bagi pihak kerajaan negeri.

hansard bertarikh 9/11/2010
Namun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Chua Tee Yong, dengan testimoni diambil bersandarkan Hansard Dewan Undangan Negeri Selangor Bertarikh 9-11-2010, bukan sahaja  Talam tidak membayar hutang-hutang mereka kepada kerajaan negeri, bahkan Talam dan kerajaan negeri telah berkomplot menipu Bursa mahupun Suruhanjaya Sekuriti (SC) tentang penilaian harga tanah-tanah yang terbabit dalam pembelian semula tersebut.

Khalid-G sebelum ini mengakui terpaksa menyelamatkan Talam kerana tanah-tanah yang dipunyainya tidak mempunyai nilai komersil tetapi pada waktu yang sama membeli tanah tersebut pada harga yang tidak munasabah.

Jika tidak ada syarikat tempatan yang sanggup membelinya dari Talam, mengapa pula kerajaan negeri sanggup menggunakan PNSB bagi membiayai “bail-out” terhadap Talam ini? menjadi satu tanda tanya.

buku tebal mengandungi tanah-tanah untuk dimajukan/jual oleh kerajaan negeri melalui GLC-nya

Ataukah mungkin, kerajaan negeri Selangor di bawah Khalid-G kini telah bersedia untuk menjual atau menjemput mana-mana pelabur asing seperti Singapura, Taiwan atau pun China untuk memasuki tanah Selangor bagi membangunkan tanah yang tidak sanggup diambil oleh mana-mana syarikat tempatan?





Sebelum ini, Sinis Malaysia (klik) telah memberi amaran bahawa terdapat hampir 4,000 hektar tanah terutama yang dipegang oleh GLC milikan kerajaan negeri seperti PNSB, KDEB, PKNS, Yayasan Selangor dan banyak lagi yang telah dijilidkan menjadi satu BUKU TANAH-TANAH UNTUK DIJUAL ATAU DIMAJUKAN oleh para CON-sultants bernaung di bawah MBI.

Nampaknya Khalid-G berusaha bersungguh-sungguh untuk menjual tanah-tanah di negeri Selangor demi mewujudkan GERAN SELANGORKU bernilai RM300 juta.

Jika tidak, masakan Khalid-G sehingga kini masih gagal menunjukkan di manakah dana Geran Selangorku itu disorokkan!


Hanya 1,000+ unit rumah untuk 'low' dan 'medium-low cost' berbanding lebih dari 4,000+ 
unit medium-cost ke villa berharga jutaan ringgit. Di mana NEGARI KEBAJIKAN yang dilaungkan?



0 comments:

Post a Comment