Wednesday, 25 July 2012

#SKANDALSELAYANG: @KHALID_IBRAHIM & TAPAK PASAR BARU SELAYANG #SELANGOR4SALE

"Negeri Korporat Selangor di bawah menteri besar korporat, Khalid Ibrahim semakin menjadi-jadi"


Tidak kira tanah luas beribu ekar mahu pun sekecil lima (5) ekar, semua akan 'dicairkan' bagi memperolehi kewangan segera bagi menampung perbelanjaan besar kerajaan negeri yang dinasihati secara ekonomik oleh kepimpinan utama pakatan PKR-DAP-PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Kita ketepikan dahulu 'new revelation' dari Datuk Chua Tee Yong berkenaan lima (5) unit ruang pejabat berstatus pajakan kepunyaan Talam Cororation Berhad yang ditebus-beli oleh kerajaan negeri Selangor bernilai RM2.27 juta atau lebih kurang RM337.25 kaki persegi iaitu 327% lebih mahal dari harga pasaran biasa sekitar RM103 sahaja sekaki persegi.


(klik)
Tidak lama dahulu, TMS ada memaparkan bagaimana keluhan para peniaga pasar baru Selayang yang dipaksa pindah ke tapak yang baru kononnya lebih canggih tetapi sebenarnya hanya satu bangunan 'tangkap muat' untuk menempatkan para peniaga lama pasar tersebut.


Selain masalah banjir setiap kali hujan, dikenal-pasti juga adalah masalah ruang yang sempit bagi satu lot peniaga untuk berniaga dan juga masalah tempat 'parking'.


Selain itu, persaingan terutama dari peniaga haram pendatang asing seolah-olah tiada kesudahan.


Di sebalik masalah-masalah tersebut, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus 'men-tuli-kan telinga dan mata' dari rungutan peniaga tempatan sebaliknya memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi dari tapak lama pasar tersebut yang kini sudah pun di iklankan untuk dijual. Perkara ini pun telah TMS laporkan tidak lama dahulu sewaktu mengungkit kepincangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).


(klik)

Inilah sebahagian perancangan kerajaan negeri melalui exconya, YB Ronnie Liu yang hanya didiamkan sahaja oleh menteri besar korporatnya, Khalid-G.


Satu ketika dahulu, sekitar tahun 1990'an hingga awal tahun 2000 terdapatnya perancangan untuk memindahkan pasar-pasar borong di kawasan Selayang ke Pelabuhan Klang.


Antara yang melakukan inisiatif dengan modal sendiri adalah ASA Barter Trade yang membangunkan bangunan serta tapak berniaga bagi pemborong-pemborong bahan mentah basah dan sayuran di pesisir kawasan Pelabuhan Klang namun mendapat tentangan hebat dari peniaga pasar borong Selayang yang dikenal pasti didalangi oleh beberapa aktivis dari pembangkang terutamanya DAP.


Bekas tapak cadangan "pasar borong Selangor" oleh ASA Barter Trade telah ditolak kerana bantahan
peniaga yang didalangi pembangkang. Tapi kini mereka pula yang mahu menjual tanah-tanah
yang menjadi tapak berniaga pasar.


Namun hari ini, setelah mereka (pembangkang) menduduki kerajaan negeri, mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk menebang dan menjual balak haram, mengorek dan menjual pasir haram, menjual tanah-tanah yang punyai potensi harga tinggi seperti padang PKNS dan tapak pasar ini, serta lain-lain lagi.


MANA GERAN SELANGORKU RM300 JUTA??







0 comments:

Post a Comment