Tuesday 31 July 2012

PAKATAN IS DEAD #SAVESGOR : KAEDAH HALUS PELUPUSAN HARTA-HARTA SELANGOR



Tawaran Build, Operate & Transfer (BOT) biasanya memberi tempoh pajakan selama 25 tahun ke atas kepada syarikat yang mengeluarkan modal untuk pembangunan semula sesuatu projek tanpa pihak pemunya mengeluarkan perbelanjaan sebagai timbal balas. 



Dlm kes Bangunan Yayasan Selangor (YS) di Bukit Bintang saya percayai ianya untuk di 'convert' menjadi Boutique Hotel. Cuma yang jadi kemusykilan ialah terma-termanya nanti sama ada pembida yang berjaya hanya selepas tempoh usaha "pajakan" akhirnya hanya memulangkan semula hartanah itu begitu sahaja tanpa "profit sharing" setelah mengaut keuntungan beroperasi berpuluh tahun atas alasan "to justify' pelaburan mereka. 


Jika ini bentuk perjanjiannya maka ia boleh mengundang kepada kronisme. Bagi pendapat saya pihak BN Selangor perlulah berbelanja untuk membeli/memperolehi dokumen tender itu supaya jelas apa 'muslihat' penawaran tawaran kerja ini sebelum menjadi musibat di kemudian hari yang hanya akan menyukarkan pihak BN jika ditakdirkan suatu hari nanti kembali menawan semula Selangor. 


Difahamkan semua bangunan-bangunan untuk kegunaan awam yang dibina di atas tapak tanah kerajaan negeri seperti Dewan, Balai Raya, Tabika, Padang dll telah dipajakkan kepada sebuah syarikat untuk tempoh 25 tahun


Anda bayangkan lah jika akhirnya berkuasa semula nanti Kerajaan Negeri yang baru tiada kawalan ke atas premis-premis ini untuk suatu tempoh yang cukup panjang..

"Cegah Sebelum Parah"



sumber: pemuda telok datok

0 comments:

Post a Comment