Monday, 23 July 2012

#SKANDALSEKINCHAN : YB MABUK CARI KEUNTUNGAN SEGERA?

"A-mee-segera-and-two-ringgit-company suddenly to get a-million-ringgit-deal"


Menjadi satu kemusykilan besar apabila Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang ditadbir oleh Yang Dipertua (YDP) barunya, Zailani Kadir mengambil keputusan untuk menjual aset mereka iaitu satu blok pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai yang mengandungi 24 unit rumah.


Adakah MDSB mengalami masalah kewangan besar hingga mengambil keputusan untuk mencairkan aset mereka tersebut?


Atau adakah ianya merupakan "arahan-arahan tangan ghaib" dalam mengambil langkah tersebut?


Budiman Zohdi, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) telah mempersoalkan tindakan majlis dalam membuat keputusan itu dalam satu sidang medianya minggu lalu.


TMS mendapati bahawa syarikat terbabit, NKK ENTERPRISE adalah satu syarikat baru yang didaftarkan hanya di bawah Pendaftar Perniagaan (ROB) yang hanya memerlukan minimum kelayakan membuat syarikat.


Add caption


Apa yang lebih memeranjatkan adalah, syarikat persendirian tersebut hanya didaftarkan pada 29-9-2010 iaitu kira-kira satu bulan sebelum tender penjualan hartanah milikan MDSB itu dikeluarkan.


Siapakah sebenarnya tiga penama yang tertera dalam pendaftaran syarikat tersebut? Adakah mereka merupakan proksi-proksi pihak tertentu yang menjangkakan keuntungan tanpa mengira prosedur dalam perolehan hartanah itu?





Difahami bahawa kerajaan negeri Selangor telah pada awal Mac 2010 melancarkan kempen RUMAH MAMPU MILIK (RMM) dengan kononnya mensasarkan kumpulan di bawah berpendapatan RM3,000 sebulan untuk memperolehi rumah mereka.


RMM dikenal-pasti adalah cubaan kerajaan negeri Selangor mengatasi skim rumah PR1MA yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat BN.


(klik)
Dalam satu sidang medianya, YB Iskandar Abdul Samad, exco perumahan, pengurusan dan setinggan negeri Selangor memaklumkan bahawa sambutan RMM amat menggalakkan hingga borang yang dicetak telah habis di edar dan memerlukan cetakan yang baru.


Namun, adakah persediaan untuk mengadakan rumah-rumah mampu milik dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui skim RMM tersebut?


Hingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak men-spesifik-kan kaedah atau cadangan apakah diguna-pakai untuk merealisasikan skim dan permohonan rakyat Selangor itu.


Antara lain yang boleh dilakukan, oleh "kumpulan" tertentu, adalah dengan menjual rumah siap terbina seperti pangsapuri Damai tersebut.


Iskandar Abdul Samad menyebut bahawa skim RMM adalah lingkungan rumah antara RM70 ribu hingga RM150 ribu.


Ini bermakna, jika pemilik baru pangsapuri (NKK) menjual kembali keseluruhan unit Pangsapuri Damai ini kepada pemohon RMM melalui skim RMM kerajaan negeri tersebut, maka ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah kerajaan negeri dalam menampung permintaan rakyat Selangor yang mahukan RMM, tetapi syarikat tersebut juga bakal memperolehi keuntungan segera.




Contohnya, jika buka harga satu unit rumah di pangsapuri Damai ini adalah RM88,888.00 dan harga tertinggi adalah RM130,000.00 mengikut harga pasaran, NKK Enterprise bakal memperoleh keuntungan paling minima 20% lebih tinggi dari harga belian dari MDSB terdahulu.


(klik)


Memang wajarlah mengapa Budiman Zohdi, pengerusi SERANG kini mempertikaikan "deal" yang berlangsung antara pihak-pihak terlibat termasuklah YB Ng Suee Lim, Adun kawasan Sekinchan kerana sebarang rancangan pembangunan sama ada prasarana mahu pun pembangunan masyarakat adalah di bawah tanggungjawabnya.


Selebihnya, siasatan adalah perlu termasuk pihak-pihak di dalam MDSB, NKK Enterprise dan jika perlu mengheret sama exco berkenaan kerajaan tempatan seperti YB Ronnie Liu juga adalah dialu-alukan demi memastikan bahawa sebarang tindakan dalam proses melupuskan pangsapuri Damai ini adalah telus dan ber kredibiliti kerana ia asalnya adalah melibatkan satu badan (MDSB) yang punyai kepentingan terhadap rakyat pembayar cukai.


(Next: APA KAITAN NKK DENGAN NG SUEE LIM?)

0 comments:

Post a Comment