Saturday 21 July 2012

#SKANDALSEKINCHAN : YDP MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TERLIBAT?!

(klik)
"Half truths total lies, but after 24 hour there is no even single word from Ng Suee Lim"


Dalam skandal yang diungkit dua hari lalu oleh Budiman Zohdi, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) berkenaan penjualan satu blok pangsapuri mengandungi 24 unit rumah dikenali sebagai Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai beliau telah mempersoalkan Adun kawasan Sekinchan YB Ng Suee Lim yang terkenal oleh ahli parti pembangkang Selangor terutamanya UMNO sebagai "YB mabuk".


Sebagai "Yang Berhormat" kawasan tersebut, Budiman dengan jelasnya meletakkan seluruh liabiliti penjualan pangsapuri milik MDSB tersebut kepada beliau.


Namun, siasatan TMS mendapati bahawa persoalan utama kewajaran dan justifikasi penjualan pangsapuri Damai tersebut hendaklah terlebih dahulu dijawab oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).




Zailani b. Kadir sebagaimana tercatat dalam portal rasmi MDSB merupakan YDP MDSB dan perlantikan beliau berkuatkuasa dari Julai 2010 hingga kini.




Zailani b. Kadir selaku peneraju utama MDSB dengan persetujuan exco kerajaan negeri berkaitan kerajaan tempatan iaitu YB Ronnie Liu sudah pasti menjadi pihak yang menandatangani sebarang instrumen jual-beli hartanah milikan MDSB tersebut.


Zailani, sebagai YDP MDSB tidak sahaja bertanggungjawab untuk memberikan justifikasi penjualan blok pangsapuri Damai secara "blanket" dan bukannya "unit by unit" dalam memaksimumkan keuntungan pelupusan hartanah itu tetapi juga bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat yang khuatir berlakunya penyelewengan dalam urusniaga melibatkan kepentingan pembayar cukai dalam kawasan Sekinchan dan Sabak Bernam itu, akan prosedur penjualannya adalah mengikut polisi kerajaan negeri di bawah pentadbiran menteri besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang telus dan adil. 


Di dalam konteks ini, adakah penjualannya melalui proses tender terbuka atau "tertutup" kepada pihak-pihak tertentu sahaja?


Zailani pada peringkat ini wajar menjawab segala teka-teki yang nyata meresahkan rakyat kawasan Sekinchan dan Sabak Bernam yang membayar cukai kepada kerajaan negeri melalui PBT nya termasuklah MDSB.


Dan kenapa NKK Enterprise, satu syarikat yang hanya berdaftar pada 29-09-2010 iaitu kira-kira satu bulan dari perlantikan Zailani selaku YDP MDSB memperolehi kontrak jual-beli hartanah milik MDSB tersebut dengan harga RM1.74 juta yang dikatakan oleh Budiman sebagai rendah dari "market-value" ? 


(next: SIAPAKAH NKK ENTERPRISE)


Satu lagi tanah kontroversi yang menjadi keresahan terutamanya peniaga pasar baru Selayang telah diiklankan untuk dijual oleh kerajaan negeri. Setidak-tidaknya, tanah ini telah diiklankan secara terbuka walau mendapat tentangan peniaga pasar Selayang, tidak seperti dalam kes pangsapuri Damai tersebut.

1 comments:

  1. alaaa....ydp mdsb tu segala skandal ada corrupt ja lebih...skandal pempuan jgn cakap la...ydp je tapi utk skandal boleh sponser bisnes ratusan ribu...mini market mywin kat sabak Bernam...pempuan tu skandal yg keberapa entah..mora lout..sesekali SPRM kena turun..tu baru sorang pekerja kat majlis ntah brapa ramai dia try...

    ReplyDelete