Thursday, 2 August 2012

#KHALID_WATERGATE : AIR OH AIR! MEMANG PERCUMA KURNIAAN ALLAH TAPI PERLU DIRAWAT & SELENGGARA



Jenuh MNK memikirkan kenapa lah masa zaman Kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri Selangor hampir setengah abad tidak dilaksanakan seperti apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan ini. Beri  air percuma kepada rakyat. Walaupun hanya 20meter padu air yang hanya nilai bulanan lebih kurang RM 11.40 tetapi ianya tetap percuma. Walau tak semua kawasan dan semua lapisan masyarakat Selangor menikmatinya iannya benda yang baik dan bagi MNK benda yang baik patut dicontohi.

Tetapi bak kata orang putih, "The End doesnt justifies the means" dalam terjemaahan bahasa Malaysia baku bermaksud, Walaupun hasilnya baik tetapi cara kerja dilaksanakan untuk mencapai hasil itu kalau ianya salah tidak bermaksud ianya boleh dan dibenarkan walaupun hasilnya baik. Ini kalau kita terjemaah ikut Islam lah. Contoh mudah dalam erti kata lain Niat atau hasilnya kita hendak sedekah tetapi untuk mendapatkan wang untuk sedekah itu tadi kita merompak maka atas alasan kita hendak bersedekah. Jadi Perbuatan kita itu tadi tetap haram.  Ia tetap salah dan tidak dibenarkan sama sekali.  Jadi walau apa sekali pun hasil dan niat kita ianya tidak boleh membenarkan suatu keadaan yang salah menjadi benar atau satu perbuatan yang haram menjadi halal.


Berbalik kepada kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ini, niat baik nak bagi air percuma dan dah bagi pun, tapi cara perlaksanaan depa salah dan hingga menyebabkan perbagai masalah timbul. Cara perlaksanaan tidak dikaji dengan betul dan ambil kira semua perkara baik yang salah atau betul.


Mungkin depa ini terpengaruh dengan buku The Prince tulisan Niccolo Machiavelli tu kot. Sebab semenjak kononnya buku ini menjadi buku favourite Tun M yang mana katanya banyak strategi dan pemikiran politik Tun M datang dari pembacaan buku ini dan kononnya ramai tokoh-tokoh politik hebat baik Kerajaan BN mahu pun pembangkang membaca buku ini dan menjadikan ianya rujukan termasuk lah MNK pun turut membaca buku ini konon nak selami pemikiran Tun M.


Jadi apa bezanya mereka dengan Tun M atau mana pemimpin BN yang turut mengkaji buku ini tadi? Kalau berdasarkan contoh air percuma Selangor ini tadi dan pepatah yang MNK bagikan tadi diatas tadi dan kaitannya dengan buku The Prince ini jawapan nya mudah.

baca lanjut di: gombakgempur

0 comments:

Post a Comment