Wednesday 1 August 2012

LEPAS @ABBY_ABADI112 GILIRAN UPIN & IPIN PULAK MASUK PAS?!

LES' COPAQUE, lu apa cerr?? 




Jika dunia hiburan dihebohkan dengan episod "ustaz & ustazah segera" seperti Bob Lokman, Dayangku Intan, Abby Abadi dan Hairie Othman yang membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS dan kemudian berkempen secara agresif menentang BN, mungkin selepas ini UPIN & IPIN turut akan melakukan perkara yang sama.


Baru-baru ini, TMS mendapati bahawa PAS cawangan Taman Mewah dan Jujur, BTR mula menggunakan 'ikonik' UPIN & IPIN dalam menarik perhatian umum yang lalu-lalang di sekitar taman tersebut.


Banner mengucapkan selamat menyambut Ramadhan jelas memaparkan gambar ikonik kanak-kanak Malaysia, UPIN & IPIN tersebut. 

Mungkin 'owner' nya turut juga pusing walaupun baru-baru ini Les' Copaque ada menerima anugerah dan geran dari kerajaan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.


Adakah UPIN & IPIN turut mengalami zaman 'senja' nya seperti ustaz Bob Lokman, ustazah Dayangku Intan atau ustazah baru Abby Abadi hingga mula bersekongkol dengan parti politik tertentu untuk mencari 'market' baru?


Cukup susah untuk mendapatkan 'merchandise' UPIN & IPIN kerana hak 'copyright' serta 'pattern-ted' yang dikawal oleh Les' Copaque alih-alih cukup senang diberi dan dimainkan oleh PAS.


Haji Burhanuddin, ce cerr ce cerr... 


"Betul betul betulatau salah salah salah??




So Milosuam, lepas ni nak buat #TeamUpinIpin pulak ke?!

0 comments:

Post a Comment