Sunday 23 September 2012

KEPULANGAN TIMBALAN PENGERUSI UMNO SELANGOR YB DS @NOHOMAR YANG DINANTIKAN



Hari ini lebih kurang jam 8 malam sebentar tadi, Dato Seri Noh Omar selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah beberapa hari berada di Negara China bagi menyelesaikan masalah pengeksportan sarang burung walit antara Malaysia dan negara tersebut.


Hasil dari pertemuan tersebut, Negara China telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengeksport semula sarang burung walit tempatan dengan beberapa syarat yang yelah dipermudahkan bagi memudahkan pengusaha dan pengeksport burung walit Malaysia meneruskan perniagaan mereka.

Setibanya beliau di Lapangan Terbang tanpa membuang masa, beliau terus pulang ke kawasan Parlimennya bagi menziarahi seorang penduduk yang telah meninggal dunia hari ini.

Tuan Haji Sarif Aspar, Pengerusi JKKKP Kampung Blok A,G,H Sawah Sempadan yang juga memgang jawatan Ketua UMNO Cawangan Segemal telah meninggal dunia lebih kurang jam 4 petang tadi akibat stroke.

Begitu hebat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat tanpa mengira penat lelah, sanggup pulang untuk menziarahi rakyat tempatan yang berada dalam kawasan parlimennya walaupun penat masih belum hilang akibat perjalanan jauh yang mengambil masa yang panjang.

Pemimpin seperti inilah yang harus dihormati kerana bertanggungjawab dalam tugasnya sebagai pemimpin kawasannya dan sedia membantu dan menyelesaikan masalah yang dibawa oleh rakyat mengikut saluran yang telah diberikan.

Syabas Dato Seri Noh Omar.. Teruskan Usahamu... Kami Sentiasa Bersamamu..

0 comments:

Post a Comment