Wednesday, 31 October 2012

@ANWARIBRAHIM & KETUA PEMUDA UMNO KUALA LANGAT SAMA-SAMA TERSENYUM RIANG DALAM SIRI JELAJAH SELANGOR II.. HATI-HATI @NAJIBRAZAK

(klik sini)
"Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri kerajaan langit pakatan dan saudara Zurihan Yusop, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat masing-masing mampu tersenyum walaupun tidak dapat bertentang mata malam kelmarin"

TMS sebelum ini ada memaparkan janji Zurihan Yusop untuk memberikan buahtangan berbentuk memorandum menuntut janji-janji manifesto pakatan pembangkang pada pilihanraya 2008, kepada Anwar Ibrahim dalam siri jelajah Anwar Ibrahim ke Kuala Langat buat kali kedua setelah gagal menarik 'audience' yang ramai pada 10hb Oktober yang lalu.

Tersenyumnya Anwar

Namun, dengan 6 buah 'riders' menunggang motosikal berkuasa tinggi, beberapa buah kereta mewah dan kenderaan pacuan empat roda mengiringi kemasukan Anwar ke kawasan tapak ceramah, ditambah pasukan unit amal serta AMK PKR yang bersilang tangan mengapit Anwar masuk ke pentas ceramah, Zurihan dinasihatkan oleh anggota polis bertugas untuk tidak membuat sebarang provokasi dengan berarak menyerahkan memorandum yang sudah digenggam kemas olehnya.



Penceramah sebelum Anwar iaitu Hatta Ramli awal-awal lagi telah menyergah anggota keselamatan dengan memaklumkan kepada umum bahawa sebarang kejadian tidak diingini bakal dipertanggungjawabkan kepada OCPD Kuala Langat walaupun hasrat Zurihan hanya mahu menyampaikan memorandum secara aman.


memorandum yang sudah tersedia untuk diserahkan

Terang lagi nyata ugutan 'tidak gentleman' yang dimainkan secara politik oleh pakatan.

Kegagalan Zurihan untuk menyerahkan memorandum ini membuatkan Anwar tersenyum sumbing namun disebalik itu Zurihan turut tersenyum lebar walaupun tidak berjaya menyerahkan memorandum tuntutan janji-janji manifesto pakatan pembangkang.

Manakan tidak, pada sebelah petang sewaktu persiapan sedang berlangsung, TMS turut berada di padang awam Taman Bandar Banting Baru, lokasi ceramah Anwar Ibrahim. 

Bila Zurihan pula tersenyum lebar

Beberapa petugas serta anggota majlis daerah yang ramah berbual dengan kami memaklumkan bahawa persiapan bagi menyambut Anwar serta penceramah-penceramah lain ditumpukan kepada Kuala Langat berbanding Dengkil.

Ini kerana Kuala Langat punyai ahli parlimen dari parti PKR yang perlu dijaga demi maruah pakatan dan Anwar sendiri. Justeru, tambah mereka lagi persiapan besar-besaran dilakukan dengan pentas yang canggih, 'montage', 'wide-screen' dan 'spot-light' yang mahal.

Kosnya sahaja, menurut mereka adalah sekitar RM70,000.00.


Dan dengan kos sebanyak RM70,000 untuk ceramah perdana bertaraf 'Perdana Menteri kerajaan langit pakatan', Anwar tetap hanya mampu menarik sekitar 1,200 penonton sahaja.

Dari tinjauan petugas risikan UMNO sendiri, memaklumkan bahawa hanya sekitar 30-35% penonton adalah penduduk Kuala Langat yang berkebarangkalian mengundi di Kuala Langat dan selebihnya hanyalah orang luar termasuk penuntut-penuntut sekolah pondok agama Labuhan Dagang yang diimport bagi tujuan meramaikan majlis serta menjadi benteng mempertahankan Anwar jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, kononnya.

Jika dilihat dari keberkesanannya, daftar pengundi Kuala Langat punyai jumlah sekitar 80 ribu pengundi. Ini bermakna tidak kurang dari 0.5% pengundi asal Kuala Langat dilihat dari sudut kehadiran penonton yang hadir menonton ceramah Anwar dan dari jumlah 0.5% ini mereka dikenal pasti adalah anggota tegar sama ada PAS, PKR mahupun DAP sendiri.




Tidak berapa jauh dari tapak ceramah Anwar, turut dijalankan adalah sebuah majlis kecil meraikan kaum India Kuala Langat serta ceramah yang disampaikan oleh Ruslan Kassim dan Lokman Noor Adam.

Anwar vs Zurihan

Program kecil yang hanya menaikkan 3 buah khemah berbanding lebih 10 khemah serta pentas mega oleh Anwar Ibrahim turut mampu menarik tidak kurang 350 hadirin walaupun VIP yang hadir hanyalah pemimpin-pemimpin BN peringkat parlimen Kuala Langat sahaja.

Dan TMS turut dimaklumkan bahawa ianya merupakan majlis 'adhoc' anjuran Zurihan yang dirancang hanya sehari sebelum ceramah Anwar dan kos penganjurannya tidak lebih dari RM1 ribu sahaja.



Sebab itulah Zurihan mampu tersenyum lebar melihatkan gelagat Anwar serta konco-konconya yang berhempas pulas serta membelanjakan wang sebanyak RM70,000 semata-mata untuk menarik tidak lebih 1,200 penonton mereka malam kelmarin.

Zurihan tersenyum walaupun tidak berjaya menyerahkan memorandumnya.

Kesimpulan

Apa kau rasa Anwar? Rasa oren? 

Dengan 'budak-budak pemuda' ibarat bahasa yang digunakan oleh kau Anwar, pun kau tak boleh gigit ke? Mana hilang taring kau?!


0 comments:

Post a Comment