Benar, Ilham Marzuki telah menghantar sepasukan pengawal keselamatan ke dalam tanah di atas dan Ismail Abdul Rahman selaku pengurus ladang bagi pihak AGRO telah membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut.
Namun, siasatan yang TMS lakukan mendapati bahawa Ilham Marzuki telah mendapatkan perintah mahkamah secara "EX-PARTE" bagi mengambil alih semula kedudukan AGRO dan ALAF atas alasan-alasan seperti yang dipohon dan dibenarkan oleh mahkamah.
Namun perlu diingat, bahawa perintah interim yang diberikan oleh mahkamah kepada Yayasan Selangor adalah bersifat sementara dan satu pihak.
AGRO mahupun ALAF berhak untuk membuat pencelahan secara "INTER-PARTE" dan mahkamah akan mendengar pula hujah yang bakal dikemukakan oleh pihak mencelah pada 30hb Oktober (Selasa) nanti.
Apakah penyebab kepada kesungguhan Yayasan Selangor di bawah tadbir Ilham Marzuki selaku pengurus besarnya bersungguh-sungguh mahu menghambat keluar AGRO dan ALAF? Menjadi satu tanda tanya yang besar.
(klik) |
Jika benar, apakah kaitan Elizabeth Wong dengan TRILINK CONSTRUCTION SDN BHD yang bakal menggantikan AGRO dan ALAF dalam membangunkan tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey tersebut?
Lebih misteri, apa pula sangkut paut Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan menghalau AGRO dan ALAF, seterusnya memberi 'big favor' kepada TRILINK sehingga setiap surat-menyurat dalam mendapatkan urusan berkait dengan tanah berkepentingan Yayasan ini mesti terdapat nama Anwar Ibrahim di bahagian sisipan (salinan kepada atau c.c.) ?
Siapakah TRILINK yang bernilai bilion ringgit ini?
Dan bagaimana pula bakal nasib kaum asli terutama Mah Meri yang menduduki kawasan sekitar tanah tersebut?
-bersambung-
done bro
ReplyDeletedone bro
ReplyDelete