SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Pulau Carey. Show all posts
Showing posts with label Pulau Carey. Show all posts

Friday, 26 October 2012

EKSKLUSIF SIRI II : BILA HARTA YAYASAN SELANGOR DIRAMPOK DAN DIFARA'IDHKAN SESAMA KRONI, @ANWARIBRAHIM KETAWA BESAR

"Sambungan dari SIRI 1 (klik) yang lalu di mana telah kami paparkan bahawa Ilham Marzuki, pengurus besar Yayasan Selangor telah menghantar sekumpulan pengawal keselamatan ke dalam tanah pajakan yang diberi kepada AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD di Pulau Carey, Kuala Langat bagi menghalau para pekerja AGRO dan ALAF dari tanah tersebut seterusnya merampas kedudukan aset dan premis AGRO dan ALAF"

Benar, Ilham Marzuki telah menghantar sepasukan pengawal keselamatan ke dalam tanah di atas dan Ismail Abdul Rahman selaku pengurus ladang bagi pihak AGRO telah membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut.

Namun, siasatan yang TMS lakukan mendapati bahawa Ilham Marzuki telah mendapatkan perintah mahkamah secara "EX-PARTE" bagi mengambil alih semula kedudukan AGRO dan ALAF atas alasan-alasan seperti yang dipohon dan dibenarkan oleh mahkamah.

Namun perlu diingat, bahawa perintah interim yang diberikan oleh mahkamah kepada Yayasan Selangor adalah bersifat sementara dan satu pihak.




AGRO mahupun ALAF berhak untuk membuat pencelahan secara "INTER-PARTE" dan mahkamah akan mendengar pula hujah yang bakal dikemukakan oleh pihak mencelah pada 30hb Oktober (Selasa) nanti.

Apakah penyebab kepada kesungguhan Yayasan Selangor di bawah tadbir Ilham Marzuki selaku pengurus besarnya bersungguh-sungguh mahu menghambat keluar AGRO dan ALAF? Menjadi satu tanda tanya yang besar.


(klik)
Benarkah seperti telahan sahabat blogger TMS, Jawa Bernam bahawa tanah berkepentingan di Pulau Carey tersebut bakal diberikan kepada YB Elizabeth Wong, exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri Selangor sebagaimana tanah di Klang milikan Yayasan Selangor yang berharga jutaan ringgit bakal diberikan kepada beliau kononnya bagi tujuan mendirikan pusat kebudayaan kaum Cina?

Jika benar, apakah kaitan Elizabeth Wong dengan TRILINK CONSTRUCTION SDN BHD yang bakal menggantikan AGRO dan ALAF dalam membangunkan tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey tersebut?



Lebih misteri, apa pula sangkut paut Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan menghalau AGRO dan ALAF, seterusnya memberi 'big favor' kepada TRILINK sehingga setiap surat-menyurat dalam mendapatkan urusan berkait dengan tanah berkepentingan Yayasan ini mesti terdapat nama Anwar Ibrahim di bahagian sisipan (salinan kepada atau c.c.) ?

Siapakah TRILINK yang bernilai bilion ringgit ini?

Dan bagaimana pula bakal nasib kaum asli terutama Mah Meri yang menduduki kawasan sekitar tanah tersebut?



-bersambung-  


Tuesday, 23 October 2012

EKSKLUSIF: PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR BERLAKU "SAMSENG", ASET YAYASAN MULA DIFARA'IDHKAN SESAMA KRONI - #SAVESGOR

"Selamat datang ke Pulau Carey"...

Sebuah pulau yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat kaum asli terutama kaum Mah Meri.

Kelapa sawit merupakan industri utama dengan penanaman hampir 3/4 di atas muka bumi pulau ini.

Aman damai dan tenteram dapat digambarkan suasana di pulau yang turut menempatkan Kompleks Kampung Budaya Masyarakat Asli suku kaum Mah Meri, sebuah pusat pelancongan yang baru dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sekitar tahun 2011.

Ketenangan ini walau bagaimana pun tidak akan berkekalan.

Pulau yang turut menempatkan sekitar 3,000 ekar tanah milik Yayasan Selangor ini bakal dirobek ketenangannya.

Semenjak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh pakatan PKR, DAP dan PAS berbagai agenda bertujuan merompak hasil rakyat telah dilakukan. Ini berlaku terutamanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi penasihat ekonomi kerajaan negeri.

Yayasan Selangor dikenal-pasti antara 'lubuk' harta yang akan di fara'idh kan sesama pemimpin pakatan di negeri tersebut melalui kroni-kroninya.

3,000 Ekar Tanah Pajakan dirampas semula




Kelmarin, satu laporan polis telah dilakukan oleh Ismail b. Abd Rahman, pengurus ladang kepada dua buah syarikat iaitu AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD.

AGRO dan ALAF telah menduduki tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini secara sah atas perjanjian pajakan yang termeterai antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Yayasan bagi tempoh selama 25 tahun.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ismail dengan terang lagi jelas menamakan Ilham (Ilham bin Marzuki), pengurus besar Yayasan Selangor sebagai pihak yang telah menceroboh dan seterusnya merampas serta mengusir pihak AGRO dan ALAF dari tanah yang mereka duduki secara sah atas perjanjian pajakan terdahulu.

Perjanjian pajakan tersebut difahami adalah bagi membolehkan AGRO dan ALAF menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit bagi mendapatkan hasil dengan keuntungan dibahagi bersama mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

Rampasan dan kaedah street-thugs oleh Yayasan

Apa yang mengecewakan Ismail, kaedah Ilham Marzuki dan konco-konconya bertindak seperti 'samseng jalanan' yang menghalau sewenang-wenangnya para pekerja AGRO dan ALAF.

Walau atas apa alasan sekali pun, Ismail berpendapat perkara ini haruslah diselesaikan secara profesional dengan mengambil kira kaedah perundangan, mahkamah dan sebagainya.

Mengibaratkan Ilham Marzuki seperti 'samseng' yang mengguna-pakai undang-undang rimba, Ismail merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Yayasan Selangor ini adalah satu tindakan kurang ajar dan ia tidak menggambarkan langsung apa yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai profesional, telus dan ikhlas dalam membantu rakyat negeri Selanggor.

"Smelling Rotten Fish & Monkey Business"




Dalam satu siasatan yang TMS lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut.

Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini.

Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong?



-bersambung-