Wednesday 24 October 2012

PAKATAN IS DEAD : ISU IPP JERAT @KHALID_IBRAHIM SEKALIGUS MENJERAT @ANWARIBRAHIM DAN BEKAS CEO PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR @RAFIZIRAMLI



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada Selasa mempersoalkan pendirian tidak konsisten pembangkang berhubung isu penjana tenaga bebas (IPP) dan kadar tol lebuh raya.

Menurut beliau, pembangkang disifatkan sebagai hipokrit apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Haram sehingga kini masih mempunyai kepentingan dalam kerjasama IPP.

"Jadi kritikan pembangkang berhubung IPP bahawa tawaran yang dilakukan adalah berat sebelah dan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan adalah hipokrit kerana Selangor memiliki kepentingan dalam kerjasama tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Menurut Ketua Pemuda Umno itu lagi, Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd.

"Malah kerajaan Selangor mempunyai kepentingan 20 peratus dalam tol Kesas. Jadi ini jelas tidak konsisten dengan pendirian parti itu yang mahu menghapuskan tol," katanya.

Tambah beliau, Selangor sepatutnya melupuskan ekuiti itu selaras dengan pendirian parti itu untuk menghapuskan tol tetapi mereka tidak berbuat demikian.


Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment