Mat Sabu aka MAT SABUN, Timbalan Presiden PAS |
Mana tidaknya, setiap kali MAT SABUN turun Kuala Langat, hujan kilat pasti akan turun bagai mengiyakan bahawa MAT SABU suka main air sampai basah dan alang-alang basah biarlah berbuih (mulutnya) dan BER "SABUN" (namanya).
Rabu lepas, MAT SABUN dan gerombolan pakatan basahnya turun lagi ke Kuala Langat dan pilihan tempatnya adalah dalam kawasan Exco Adat Melayu dan Belia Sukan, merangkap ADUN Sijangkang, Dr Yunus Hairi.
Padang awam Telok Panglima Garang menjadi saksi MAT SABUN tersipu-sipu memandang hadirin sekitar 150 orang.
Dengan jumlah 150 orang ditolak hampir 50% entah warga mana yang diimport bagi meramaikan majlis serta anggota kabilah yang datang hanya untuk berniaga, bukti jelas hujan bukan faktor utama penduduk tempatan Kuala Langat menolak pakatan haram ini sebaliknya memang sahih mereka bosan dengan retorik kosong pakatan dan kaedah maki hamun serta fitnah mainan biasa MAT SABUN serta pakatan.
Ahmad Yunus Khairi, ADUN Sijangkang |
Ini bukan sahaja menempelak MAT SABUN yang bertaraf Timbalan Presiden PAS bahkan satu tamparan jepun kepada Ahmad Yunus Hairi selaku YB ADUN Sijangkang merangkap Pesuruhjaya PAS Kuala Langat.
150 orang ditolak jumlah hadirin yang diimport serta kabilah peniaga yang membontoti MAT SABUN demi mencari wang dari penduduk tempatan adalah tidak sampai 5% dari jumlah ahli PAS Kuala Langat sendiri yang beribu orang keahliannya.
S.Manikavasagam, MP Kapar |
Yunus Hairi wajar meneruskan niatnya untuk tidak bertanding pada PRU akan datang ini sebagaimana yang beliau bisikkan sendiri kepada orang-orang kampung dan meneruskan kariernya sebagai doktor yang lebih dihormati oleh warga Kuala Langat daripada menjadi YB yang dikutuk dan dikeji kerana kegagalannya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.
MAT SABUN dan Yunus Hairi jangan lupa pada ceramah pra-bersih 3.0 yang diadakan bulan April lalu di padang awam Kg Medan, Sijangkang.
Yang turun pun lebih kurang sama sahaja jumlahnya.
Ini petanda jelas PAS Kuala Langat syok sendiri dengan buaian mimpi indah-indah kononnya kerusi-kerusi di Kuala Langat adalah kerusi selamat mereka!
(klik di sini) |
0 comments:
Post a Comment