Friday 5 October 2012

#SAVESGOR : BILA @MUHYIDDINYASSIN MASUK SELANGOR, PETANDA PRU KIAN HAMPIR

UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN BERSAMA2 KEPIMPINAN
NGO,BELIA,WAKIL MASYARAKAT DAN MAHASISWA
DI DEWAN UITM

Salam sahabat2 yang dihormati, Sessi lawatan Timbalan Perdana Menteri ke 
Negeri Selangor Darul Ehsan


Di Surau Lembah Subang, Selangor

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Syukur Tan Sri Muhyiddin Yassin Menjadi Imam Ketika
Solat Jemaah Bersama2 Masyarakat Lembah Subang



Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


 KEPIMPINAN
NGO,BELIA,WAKIL MASYARAKAT DAN MAHASISWA
DI DEWAN UITM


"Sebelum ini, Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok."


Lawatan ke PPRT Lembah Subang

"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini." 

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. 

Lawatan Ke Kem Tentera Sg Besi

Muhyiddin berkata sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN. 

Lapangkan Masa Utk Bersama2 Pejuang Negara

Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran. 

Mendengar Rintihan Warga Emas Di PPRT Lembah Subang

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk

sumber: armandpju

0 comments:

Post a Comment