Sunday 7 October 2012

SAVESGOR : #SKANDAL_KHALID_GATE : JANGAN LUPA KES PKNS!! #TALAM-GATE CUMA PERMULAAN SATU DARI BANYAK SALAH LAKU @KHALID_IBRAHIM

Jika Pakatan Haram ikhlas memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Selangor. Mana mungkin mereka ini boleh hidup merana dan tanpa pembelaan. Pakatan Haram yang mendakwa mereka sebagai jaguh 'bela rakyat', hari ini tuhan tunjukkan siapa mereka sebenarnya. Mereka adalah manusia yang rakus dan tamak untuk berkuasa sahaja! 


SHAH ALAM - Cukup mudah jawapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap desakan 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang tidak berkemampuan supaya agensi itu mengambil alih hutang perumahan mereka - "mohon bantuan zakat; bukannya mendesak hutang mereka diambil alih PKNS".

Rasional 350 orang terlibat memohon PKNS berbuat demikian atas asas bahawa mereka juga berhak mendapat pertolongan kerana agensi kerajaan negeri itu sanggup ‘membeli hutang’ Talam Corporation sebanyak RM392 juta. Justeru selaku rakyat yang terdesak, mengapa mereka tidak boleh dibantu?

Selain menghalakan mereka yang terlibat kepada saluran zakat, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS menegaskan PKNS tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada Talam bagi tujuan mengambil alih syarikat itu.

Kenyataan tersebut kelihatan bercanggah dengan tindakan PKNS yang mengarahkan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) pada tahun 2009 supaya membeli hutang Talam.

Bagi Penulis, berdasarkan beberapa perkembangan yang berkaitan sebelum ini, reaksi Abdul Kalid itu sudah dijangka. Menipu rakyat sudah jadi perkara biasa dan rutin oleh pemipin Pakatan Haram. 

Manakah mungkin beliau sanggup mengatakan manifesto pilihan raya bukanlah satu perjanjian apabila kerajaan negeri gagal mengotakan janji pilihan raya. Nampak sangat rakyat dijadikan bola setelah berkuasa.

sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment