Thursday 22 November 2012

EKSKLUSIF : RONNIE LIU KHIANATI PENGANUT AGAMA BUDDHA DAN ARAHKAN ROBOH TOKONG DI KUALA LANGAT?


Subjek: Sebuah tokong kecil penganut agama Buddha
Lokasi: Jambatan utama Sungai Langat, Banting
Tarikh: 22/11/2012  (jam 1.00 pagi)

Sebuah tokong kecil bagi penganut agama Buddha di bawah kaki jambatan utama Sungai Langat yang menghubungkan Telok Datok dan Banting telah dirobohkan oleh lebih kurang 40 orang penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).




Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebuah jentolak telah digunakan bagi menghancur dan meratakan tapak tokong yang sudah terbina sekian lama di kedua-dua belah kaki jambatan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada YB Ronnie Liu selaku exco kerajaan negeri bagi portfolio jawatankuasa tetap kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan dan berkuasa ke atas mana-mana majlis daerah dalam negeri Selangor itu mengetahui dan seterusnya membenarkan perobohan tokong kecil tersebut.

Namun, jika terbukti Ronnie Liu bahawa beliau mengetahuinya maka ini merupakan satu pengkhianatan beliau terhadap para penganut agama Buddha di kawasan sekitar tapak tokong berkenaan. 

YB Phillip Tan (DAP), selaku ADUN Telok Datok tidak kelihatan sewaktu kejadian.

MDKL turut dikenal pasti sebagai 'sarang' terkumpulnya para penyokong parti PAS yang diketuai oleh seorang lagi exco kerajaan negeri Selangor iaitu YB Dr Yunus Hairi selaku pengerusi PAS cabang Kuala Langat.



0 comments:

Post a Comment