Thursday, 22 November 2012

PAKATAN IS DEAD: KERTAS PUTIH TALAM MEMANG PUTIH...KERTASNYA SAHAJALAH. IA KELAM KERANA DOUBLE STANDARD TALAM VS YBK


Skandal Talamgate terus menjadi kontroversi apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sehingga hari ini masih gagal memberikan jawapan meyakinkan untuk menjawab persoalan yang timbul.


Pengambilalihan hutang Talam Corporation melibatkan pembelian aset syarikat itu yang mencecah RM1 bilion kerana didapati dibeli pada nilai berlebihan. 

Malah arahan supaya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) untuk mengambil alih hutan Talam bernilai RM392 juta pada November 2009 turut menimbulkan tanda tanya. 

Ketika Skandal Talamgate terus menjadi isu hangat, rakyat di Selangor pula mendesak kerajaan negeri melalui PKNS untuk mengambil alih hutang perumahan mereka berjumlah RM19 juta. Mereka mendakwa seandainya PKNS boleh melakukan pengambilalihan hutang Talam, mengapa PKNS tidak boleh lakukan perkara yang sama untuk rakyat?

Skandal pengambilalihan hutang Talam dengan membeli aset Talam melebihi harga pasaran merupakan tindakan yang dianggap tidak bermoral walaupun sah di sisi undang-undang. 

Di negara lain, skandal seperti ini pasti akan menjadi hangat dan akan segera disiasat tanpa teragak-agak. 

Talam Corporation telah disenaraikan di PN71 (Listed Companies Under Financial Distress) dan tindakan kerajaan Selangor yang cuba melakukan pengambilalihan hutang Talam pada waktu ini dilihat sebagai cubaan kerajaan negeri membantu syarikat tersebut keluar daripada masalah kewangan. Persoalannya, apakah dasar atau perjanjian menyebabkan kerajaan negeri sanggup membantu Talam untuk keluar daripada masalah kewangan yang melanda syarikat itu? 


Dalam pada masa yang sama, kerajaan negeri boleh merampas aset yang dimiliki Talam memandangkan Talam turut mempunyai tunggakan Cukai Tanah berjumlah RM700,000. Seandainya kerajaan negeri mampu merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) atas alasan terhadap tunggakan Cukai Tanah berjumlah RM180,000, mengapa tidak dalam Skandal Talam?

Skandal Talamgate bakal menjadi penguburkan Pakatan Rakyat di Selangor, apatah lagi ternyata skandal ini sememangnya dipenuhi kontroversi dan "misteri".

Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment