Saturday, 17 November 2012

EKSKLUSIF #SINDROMLAJIM III : UMNO BAHAGIAN MANA TERLIBAT SABOTAJ PARTI? KUALA LANGAT? GOMBAK? SHAH ALAM ATAU KELANA JAYA? YANG MANA SATU? - @NAJIBRAZAK

siapa khianat UMNO dan BN Selangor?

Spekulasi terus bertiup kencang tentang beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang didakwa terlibat dalam skandal melibatkan transaksi bernilai jutaan ringgit untuk membeli beberapa rakan dalam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Individu-individu tersebut didakwa sanggup membeli insurans daripada Anwar Ibrahim kerana khuatir apabila nama mereka dikhabarkan tidak dicalonkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, apatah lagi mereka turut dianggap sebagai liabiliti kepada parti kerana gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik setelah diberi peluang menjadikan wakil rakyat beberapa penggal.

Senarai pemimpin ini sudah dikenal pasti dan bukti-bukti penglibatan mereka dalam skandal pengkhianatan terhadap UMNO sedang dikumpul pihak tertentu sebelum diserahkan kepada majlis tertinggi parti dan pihak berkuasa. Namun Wak juga dikhabarkan bahawa skandal kali ini melibatkan pemimpin-pemimpin penting parti dan jawatan yang disandang mereka juga bukan calang-calang. 

Kalau tidak, masakan individu-individu tersebut mempunyai akses yang begitu besar terhadap dokumen-dokumen sulit kerajaan, apatah lagi kemudian menyeludup dokumen-dokumen sulit itu untuk diserahkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk konon-kononnya didedahkan. Dan sebab itu, tidak hairanlah seandainya Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin lain Pakatan boleh "mendedahkan" beberapa dokumen tertentu yang didakwa mereka sulit termasuk melibatkan soal keselamatan negara. 


Walaupun diketahui bahawa pendedahan yang dilakukan Rafizi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat semata-mata bersifat retorik disamping mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan, namun ketirisan maklumat dokumen tersebut daripada simpanan sulit kerajaan wajar dipersoalkan. Bagaimanakah dokumen-dokumen itu boleh diseludup keluar dan diserahkan kepada pemimpin Pakatan andai tanpa bantuan pengkhianat parti dan kerajaan?

Mungkin ketika ini kepimpinan UMNO cukup berbesar hati menawarkan posisi tertentu kepada pemimpin-pemimpin tersebut dalam beberapa syarikat bertaraf GLC, walaupun negeri yang ditandingi pemimpin-pemimpin berkenaan tewas kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum yang lalu. 

Wujud khabar angin lain yang menyatakan pemimpin-pemimpin tersebut juga terlibat sebagai dalang kepada kekalahan UMNO di negeri yang ditandingi mereka memandangkan sebahagian kroni dan proksi mereka tidak dicalonkan dalam PRU lepas. Sementelaah itu, mereka juga menjangkakan bahawa kekalahan negeri yang ditandingi mereka nanti bakal memberi mereka "kebebasan" untuk meneruskan gerak-kerja mereka tanpa dipedulikan oleh kerajaan negeri. Seandainya UMNO masih mentadbir negeri tersebut, mereka khuatir andai tembelang mereka akan pecah memandangkan tindak-tanduk mereka akan dipantau kerajaan negeri.

Walau apa-apa pun, individu-individu tersebut kini wajar khuatir memandangkan tembelang mereka semakin membusuk dan mampu dihidu sebilangan hidung dalam parti. Pemilik-pemilik hidung ini pula sedang menantikan masa yang sesuai untuk melakukan pendedahan dan membawakan skandal mereka ini kepada kepimpinan parti dan pengetahuan umum agar rakyat mampu menilai bahawa UMNO kini tidak akan berkompromi terhadap sesiapa juga yang sanggup mengkhianati amanah yang diberikan.

0 comments:

Post a Comment