Monday, 19 November 2012

LAPORAN KHAS #SAMANKAMI IV : PEMBOHONGAN NURUL IZZAH YANG DIPERCAYAI OLEH MUBALIGH KRISTIAN


Kelmarin, sewaktu berada di Kuantan, Pahang saya berkesempatan bertemu dengan seorang ‘mentee’ yang pernah saya ajar tentang penulisan.

Beliau bertanyakan saya, apakah hasrat yang cuba saya sampaikan dalam artikel terakhir saya bertajuk  “Nurul Izzah & Permainan ‘Half-Turth Murtad’”.

Berbagai telahan beliau lakukan, namun semuanya tersasar. Justeru, saya beranggapan bahawa ramai pembaca saya turut tersasar dalam cubaan memahami tulisan saya tersebut.

Beginilah. Jujur saya katakan bahawa ramai penulis pro-BN membuat musuh apabila menyerang Nurul Izzah dan gerakan kristianisasi.

Justeru, BN semakin dimusuhi oleh kumpulan bukan Muslim terutamanya kumpulan gereja. Untuk Pengetahun, Nurul Izzah mahupun Anwar Ibrahim sememangnya mahukan ini!

Bagi mereka, untuk memenangi PRU13 nanti mereka memerlukan sebanyak mungkin undi dari kumpulan minoriti. Bukan mereka tidak perlukan undi Melayu, tetapi mungkin bagi mereka undi Melayu yang mereka perolehi dari kumpulan mereka sahaja sudah memadai dan statik.

Benar, undi Melayu kini telah berpecah-belah. Bagi penyokong tegar UMNO/BN, undi mereka tetap kepada BN. Manakala penyokong tegar PAS tetap akan mengundi pakatan.

Jadi, undi siapakah yang disasarkan oleh Nurul Izzah dan Anwar?

Kalau ditanya kepada saya, maka jawapan saya adalah kumpulan-kumpulan minoriti seperti pengamal LGBT, aktivis alam sekitar, golongan cendikiawan yang percaya kepada ‘total democracy’ tajaan barat dan berbagai lagi termasuklah kumpulan gereja.

Menyerang kumpulan gereja seperti yang dilakukan oleh ramai penulis pro-BN hanya akan menyebabkan kumpulan gereja membenci BN seterusnya membuang undi kepada pakatan.

Inilah permainan yang dimainkan oleh Nurul Izzah dan Anwar serta dipejam dan ditulikan oleh rakan mereka, PAS. Semuanya politik semata.

Sebab itu, kerja kotor seperti menjanjikan perkara  yang palsu kepada kumpulan gereja adalah tugas Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim. Mereka tidak akan rasa bersalah walau menjanjikan bulan dan bintang dan dalam konteks ini, kebebasan memilih agama termasuklah bagi kaum Melayu. 

Matlamat mereka hanyalah tindakan populis yang boleh memberikan kemenangan dalam PRU13 nanti.


Sepatutnya, kumpulan gerejalah yang wajar memarahi Nurul Izzah kerana berani menjanjikan perkara yang tidak mungkin terjadi. Bukankah telah saya katakan, “half-truth is a total lie”.

Masakan perlembagaan yang menyentuh hal Melayu-Islam akan diubah sekiranya pakatan menang kerana PAS (selepas menang) akan mempertahankannya selain UMNO dan majoriti kaum Melayu-Islam serta Institusi Raja-Raja.
PAS pula berperanan menahan serangan bertali-arus ke atas rakan mereka, PKR terutamanya Nurul Izzah dan bapanya Anwar Ibrahim.

Ini jelas, dengan bukti yang ada di depan mata kita.

Sungguh pelik melihat adegan solat hajat dan doakan kebinasaan UMNO-BN sedangkan yang melakukan pembohongan dengan menggalakkan pemikiran Melayu-Islam ke arah murtad datangnya dari rakan pakatan mereka sendiri. Begitu juga yang mengeluarkan kenyataan menyokong Israel dalam mempertahankan negara mereka, datangnya dari Anwar sendiri.

Tidakkah anda semua geli hati melihat lakonan yang dimainkan oleh PAS serta rakan sejawat mereka Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim?

Tetapi, lebih geli hati saya memikirkan strategi salah para penulis pro-BN yang menyerang membabi-buta kumpulan gereja dan akhirnya merugikan BN itu sendiri.

Laporan: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment