Wednesday 14 November 2012

LAPORAN KHAS #SAMANKAMI : PEMBOHONGAN PERTAMA NURUL IZZAH @N_IZZAH



Nampaknya rakyat kini hangat memperkatakan tentang kenyataan Nurul Izzah tempoh hari (sila baca di sini) tentang hak kebebasan memilih agama termasuk kepada orang Melayu. Dan di laman-laman sosial sibuk membincangkan mengenai hal ini; ada yang menyokong Nurul Izzah dan mendakwa kenyataan ini dimanipulasikan media-media UMNO, sebahagian pula mengambil sikap berkecuali dan berdiam diri, sebaliknya sebahagian lagi lantang menentang kerana menganggap kenyataan itu benar-benar mencabuli kesucian agama Islam dan orang Melayu.

Dan sekali lagi, penyokong Pakatan Rakyat terus tidak berganjak daripada pendirian menyokong penuh sebarang kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin mereka, termasuk Nurul Izzah Anwar hatta kenyataan tersebut jelas boleh dipersoalkan dan menimbulkan kekeliruan terhadap aqidah umat Islam.

Dakwaan bahawa orang Melayu di Malaysia tidak semestinya Islam sebenarnya adalah kenyataan yang jelas dangkal dan tidak memahami Perlembagaan. Dan hujah ini hanyalah untuk menutupi mulut-mulut yang terus mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah itu. Bagaimana mulut-mulut ini mampu ditutup andai kenyataan Nurul Izzah itu begitu mencabar kesucian agama Islam di negara ini?

Perlu difahami, apabila seseorang umat Islam boleh berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, serta lahir dan menetap di negara ini, maka individu tersebut ditakrifkan sebagai Melayu. Melayu di Malaysia sangat unik kerana tidak dibataskan oleh ras (keturunan), sebaliknya Melayu itu diikat dengan agama dan budaya keMelayuan. Maka tidak hairanlah kalau Jawa, Banjar, Bugis, Mamak, Cina Muslim, Rawa, Boyan, Batak atau hatta apa-apa kaum pun boleh dikategorikan sebagai Melayu, asalkan memenuhi kriteria yang digariskan;


  • Individu tersebut beragama Islam
  • Individu tersebut boleh bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu
  • Individu tersebut lahir dan menetap di Malaysia sebelum dan/atau selepas kemerdekaan.

Jadi apakah yang mahu dipertikaikan lagi ttentang takrifan Melayu? Kalau penyokong Pakatan Rakyat masih benak dengan terus menyokong kenyataan Nurul Izzah, hatta kenyataan Nurul Izzah Anwar secara langsung atau tidak langsung telah mencabuli kehormatan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan juga telah menguris perasaan sebahagian besar penganut agama Islam di negara ini.


Kalau isu begini pun penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat masih berdolak-dalik dan cuba menutupi kelemahan anak Ketua Pembangkang, Wak rasa di situ pun kita sudah boleh lihat sama ada Pakatan Rakyat ini memperjuangkan kebenaran atau kepentingan politik semata-mata.

Apa-apa pun, buka mata dan buka hati. Kita tolak Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Rakyat tidak perlu pemimpin yang menyokong usaha liberalisasi agama!

Laporan: inigoblogpolitik


0 comments:

Post a Comment