Tuesday 6 November 2012

MANA GERAN RM300 JUTA @KHALID_IBRAHIM? @KHALIDSAMAD PEDULI APA SHAH ALAM DITENGGELAMI AIR... SIKIT LAGI JADI "THE LOST WORLD OF ATLANTIS"






SHAH ALAM - Beberapa kawasan rendah di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti hampir satu jam petang tadi.

Antara kawasan terjejas teruk ialah Padang Jawa berhampiran ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat sini yang dinaiki air hampir satu meter menyebabkan hanya kenderaan berat dibenarkan melalui kawasan itu.

Selain itu, lebih 50 premis perniagaan besi dan bengkel kenderaan yang terletak berhampiran kawasan berkenaan turut dimasuki air.

Banjir kilat petang tadi turut menyebabkan sebuah stesen minyak berdekatan terpaksa ditutup kerana dinaiki air.


Hujan lebat turut menenggelamkan beberapa lokasi di Seksyen 13 berhampiran Stadium Shah Alam sedangkan sebelum ini belum pernah berlaku kejadian banjir kilat di kawasan tersebut.

Lebih menyedihkan, tiada langsung kelibat Khalid Samad sepanjang penderitaan penduduk Shah Alam berdepan banjir kilat sejak lima hari yang lalu.

Sebagai wakil rakyat, Khalid Samad harus meninggalkan sifat malasnya dan bertindak turun padang bagi meninjau kawasan terjejas.

Rakyat bukan perlukan wang ehsan atau sumbangan, mereka mahukan keperihatinan Khalid Samad untuk mendengar rintihan rakyat.

Kejadian banjir kilat tidak sepatutnya berlaku di Shah Alam jika sistem saliran dan longkong diselia dengan baik. 

Khalid Samad kena nasihat kroni-kroni yang telah dilantik sebagai kontraktor penyelenggaraan di Shah Alam supaya buat kerja dan jangan 'goyang telur' sahaja.

Jangan gadaikan nasib dan kebajikan rakyat demi memuaskan nafsu kuasa dan kembungkan poket sendiri!!! 

Ingat Khalid Samad! Rakyat sedang menilai!!!

Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment