Friday, 21 December 2012

PAKATAN IS DEAD : SI SYAITAN, SI IBLIS, SI CAPEK, SANG SAUDAGAR MIMPI DAN PAKATAN TIGA ABDUL


Dayusnya PAS memang tak dapat disangkal lagi!

Pertama, PAS membisu umpama syaitan bisu yang mengiyakan rakan sekutu iblis nya mengajak seluruh kaum Melayu bebas memilih agama mereka walaupun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sebaliknya.

Adakah PAS turut takut dengan ugutan saman seperti di sini

Kedua, PAS bersungguh-sungguh mahukan Presiden bapuk nya, Haji Hadi Awang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan ini dilontarkan oleh Dewan Ulama' nya serta berdentum-dentam dibahaskan oleh perwakilan sewaktu muktamarnya baru-baru ini.

Namun sewaktu Kongres Parti DAP Kali ke-16 di Pulau Pinang minggu lalu, si capek berkerusi roda Karpal Singh dengan selamba mem-veto kemahuan rakan PASnya dengan menamakan saudagar mimpi Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia andai pakatan 3 Abdul menguasai Putrajaya.

Barter trade cadangan si capek bukan percuma. Ia datang dengan permintaan tambahan 3 kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN.

Walaupun sang saudagar mimpi tidak menyuarakan apa-apa janji jauh lagi dari memberi sebarang komitmen, PKR negeri Selangor menolak permintaan rakus DAP tersebut.

Buat masa ini, rundingan kerusi amat sulit antara pihak-pihak. Belum lagi kedengaran kata putus dari mana-mana pihak dalam pakatan 3 Abdul.

DAP terus-terusan membalacikan kaum Melayu wa'ima ahlinya sendiri.

Ariff dan Zairil adalah dua Melayu "minta nyawa" demi imej middle Malaysia pembawaan DAP. Katakan apa sahaja, namun rakyat Malaysia bukan bodoh melihat perwakilan DAP yang bersifat kauvinis menyisihkan kaum Melayu dari teraju utama CEC.

Menjelang cuti Hari Natal, gerakan fizikal lebih dari propaganda media. Ia berlaku di kedua-dua belah kem.

Permainan catur semakin rancak dan menarik mendekati PRU 13.






0 comments:

Post a Comment