Kembara Anakmuda Sayangi Selangor memulakan jelajahnya dengan menjadikan Kuala Langat destinasi pertama mereka.
Dengan menampilkan penceramah-penceramah muda seperti Budiman Zohdi, Arman Azhar, Mohd Khairul Azam, Khairul Muzammil, Ben Liew Pok Boon, Suhaila Dato Md Zin, Zainuri Dato Zakaria, Dato Dr Ching Eu Boon, Zurihan Yusop dan Kajendran Doraisamy anak-anak muda Selangor terus mengasak kepimpinan kerajaan pakatan Selangor dengan menekankan pembohongan demi pembohongan mereka di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sebagai contoh Budiman yang juga ketua penyelaras program kembara anakmuda ini terus memberikan angka "sifar" kepada perumahan mampu milik di parlimen Kuala Langat dan ini tidak menunjukkan langsung konsep kebajikan yang dilaung-laungkan pakatan.
Manakala Zainuri, Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor terus terang mempertikaikan 'kebajikan' apakah yang mahu dibawa kerajaan pakatan apabila infrastruktur di negeri ini seperti jalanraya pun tidak mampu dijaga, berlopak sana sini dan mendatangkan bahaya kepada rakyat sendiri.
Peliknya, peruntukan kerajaan pusat kepada negeri telah diberi tetapi mengapa infrastukturnya tetap tidak dijaga dan kemana perginya wang tersebut?
Manakala Armand pula dengan lantang mengeji kerajaan pakatan yang penuh dengan janji palsu sewaktu pilihanraya umum 2008 namun haprak yang ditunaikan seperti mahu memberi bantuan kewangan kepada mahasiswa serta ibu tunggal dan berbagai lagi.
Apa pun, kembara ini akan terus menyelusur ke pelosok negeri Selangor bagi membogelkan tipu daya dan kepincangan kerajaan negeri di bawah rejim pakatan.
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
-
MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap
yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana
dikhabarka...
5 months ago
0 comments:
Post a Comment