Monday 28 January 2013

[PAS IS DEAD] USTAD NASHA AKHIRNYA DIBUANG DARIPADA MAJLIS SYURA PAS!!!


Akhirnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Bekas Timbalan Presiden PAS digugurkan keahliannya dalam Majlis Syura Ulama PAS. Ini tidak menghairankan kerana pelbagai usaha telah dibuat untuk menjatuhkan beliau. Gagasannya untuk perpaduan Ummah ditentang parti yg menggunakan nama Islam dalan nama politiknya.
Ustaz Nasha dikenali sebagai Ulama muda yang sangat dihormati. Kekalahan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden juga satu percaturan parti apabila meletakkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar kedudukan tersebut. Ini tak lain hanya untuk memecah undi ulama.
image
gambar PM di Gaza bersama Ust. Nasha
Kehadiran Ust. Nasha dalam banyak acara bersama PM terutamanya acara keagamaan atau mendekatkan diri dengan agama Islam dilihat satu ancaman.
Namun PAS masih tidak berani mengugurkan keahlian Ust. Nasha kerana umum mengetahui beliau mempunyai pengaruh dan sokongan kuat ahli parti. Ini berlainan dengan Hassan Ali yg dipecat kerana menentang maksiat di Selangor.
Lolong: Sedih apabila haru-biru politik menyebabkkn org bijak disingkirkan. Lupakah mereka pada Hang Nadim?
Laporan: Lolong

0 comments:

Post a Comment