Saturday 2 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : "THE FALLEN HEROES" - FOTO TERKINI SEKITAR MARKAS UDARA TUDM SUBANG #LAHADDATU


Berikut adalah foto-foto terkini di sekitar lapangan terbang Markas Udara TUDM Subang serta beberapa foto di sekitar rumah keluarga allahyarham Koperal Sabarudin di Sungai Lias, Sungai Besar Selangor.

Antara pemimpin yang menunggu di rumah keluarga allahyarham Sabarudin adalah Budiman Zohdi, YB Warno Dogol, Dr Mohd Khir Toyo, Dato Rahman Bakri serta YB Ronnie Liu.

Manakala pemimpin utama negara, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri akan hadir memberi penghormatan terakhir kepada pejuang yang terkorban itu di samping pemimpin-pemimpin lain seperti Dato Seri Noh Omar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato Wira Abu Seman Yusuf, Ketua dan Timbalan Ketua Polis negeri Selangor juga hadir.

Turut kelihatan adalah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar di samping Dato Fuzi Harun.

Dilaporkan bahawa pesawat C130 "Charlie" yang membawa 2 jenazah anggota VAT69 kini sudah pun mendarat di markas udara tersebut.

Foto pertama adalah rakaman terakhir allahyarham Inspektor Zulkifli di lokasi manakala foto kedua adalah rakaman lama allahyarham Sabarudin.

























0 comments:

Post a Comment