SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

[SNIPPET] SATU SOALAN BERBAGAI "JAWAPAN JENAKA" PAKATAN - #PRU13 # #LAHADDATU



Berbagai lagi kartun mahupun karikatur menarik boleh didapati di capaian satirakita.blogspot.com

Friday, 29 March 2013

[RENCANA KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEPUTUSAN MEWUJUDKAN ESSCOM AMAT TEPAT! TUN ABDUL RAZAK JUGA PERNAH WUJUDKAN RASCOM - #LAHADDATU #BETTERNATION


Keputusan tepat dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bilamana beliau mengumumkan pembentukan ESSCOM bagi membendung tragedi Lahad Datu berulang kembali.

Keputusan membentuk zon kawasan keselamatan itu bukanlah satu perkara baru dalam sejarah negara.

Ironinya, pada masa allahyarham Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, keputusan sama telah dibuat namun berdasarkan faktor ancaman dari pihak yang berbeza. Rajang Area Security Sommand atau ringkasnya RASCOM diwujudkan bagi membendung kegiatan komunis yang mengancam keselamatan dan kedaulatan tanahair Malaysia tercinta.

ESSCOM turut diumumkan ekoran kejadian ganas yang dilakukan oleh penceroboh bersenjata bertujuan mengganggu-gugat keselamatan awam dan tanahair serta kesucian dan kedaulatan Malaysia yang merdeka melibatkan negeri Sabah.

RASCOM


Pada tahun 1972, Rajang Area Security Command atau lebih di kenali sebagai RASCOM  ditubuhkan. Penubuhan adalah berdasarkan  kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam  di Bahagian ke-3 Sarawak oleh-ahli Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Sehubungan itu,  surat arahan No 4, Majlis Keselamatan Negara bertarikh 1 April 1972  telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu.


Kawasan operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. Di tubuhkan dengan tiga komponen yang terdiri daripada unit tentera, Polis dan awam dan Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi  Negeri. Kewujudan RASCOM berjaya  menghakis ancaman komunis di Sarawak dan  bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya  perletakan senjata dan  penyerahan seramai 585 ahli PKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Aman pada tahun 1973 dan  pada tahun 1986,  Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahli turut menyerah diri.


Ancaman keganasan komunis berakhir pada 17 Oktober 1990 apabila Kerajaan dan PKKU menandatangani perjanjian di Kuching apabila 52 anggota PKKU menyerah diri dan dengan itu  RASCOM dibubarkan mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994.


9 Skuadron Semboyan Diraja dulu dikenali dengan nama Skuadron Semboyan RASCOM ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Mac 1972. Penubuhan Skuadron ini adalah selaras dengan terbentuknya formasi RASCOM (Markas Pemerintah Keselamatan Rejang). Pada asalnya Skuadron ini ditubuhkan serentak bersama Markas RASCOM di Jalan Kampung Pulau, Sibu, Sarawak. Selepas itu, pada bulan Mei 1976, ia telah dipindahkan ke Kem Pagar Ruyong (yang dikenali dengan nama Kem Lapangan Terbang) yang terletak di Lapangan Terbang.


Keadaan keselamatan yang kian terancam akibat dari ancaman-ancaman oleh anasir-anasir komunis yang kian hebat di kawasan tersebut membuatkan perlunya ada sebuah formasi yang bertanggungjawab membendung kegiatan-kegiatan komunis ini. Kedudukan Pusat Pemerintahan 3 Briged yang terletak di Kuching adalah sangat jauh untuk membolehkannya mengawasi keadaan keselamatan kawasan Sungai Rejang. Tambahan pula tanggungjawab keselamatan yang dipikul oleh Markas 3 Briged telah pun dianggap terlalu berat. Oleh yang demikian, pada awal tahun 1972, keputusan dibuat untuk menubuhkan satu lagi formasi di Sarawak iaitu Markas RASCOM. Penubuhan Markas RASCOM ini mewujudkan keperluan bagi menubuhkan Skuadron Semboyan RASCOM untuk menyedia serta mengendalikan bantuan perhubungan. Ketua Skuadron Semboyan RASCOM yang pertama setelah penubuhannya ialah Mejar Wong Wai Kiong.


Di peringkat awal penempatannya, hanya Markas Skuadron, Trup Teknik/Kenderaan dan Trup Radio ditempatkan di Kem Lapangan Terbang. Trup Semboyan Markas RASCOM telah ditempatkan di Markas RASCOM di pekan Sibu, manakala Trup Stornya ditempatkan di Jalan Sungai Antu, Sibu. Hal ini merumitkan pentadbiran disebabkan trup-trup tersebut berada di jarak yang jauh di antara satu sama lain. Kerumitan ini dapat di atasi apabila Skuadron berpindah ke lokasi baru di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu pada 30 Oktober 1977.


Walaubagaimanapun, Pusat Komunikasi Sibu masih berada di pekan Sibu untuk menampung keperluan komunikasi Markas RASCOM.


Markas RASCOM adalah terdiri daripada elemen-elemen pihak tentera, polis dan awam. Percantuman ini bertujuan untuk menjalankan tugas gerakan yang lebih efektif lagi. Skuadron Semboyan RASCOM adalah bertanggungjawab untuk memberi bantuan serta menyediakan segala keperluan perhubungan. Kemudahan perhubungan yang diadakan adalah merangkumi keseluruhan kawasan Sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Sarawak. Unit-unit Infantri sentiasa berada jauh antara satu sama lain semasa menjalankan gerakan. Hal ini menimbulkan beberapa kesulitan perhubungan dan telah dapat di atasi dengan jayanya oleh Skuadron tersebut.

Perjawatan bagi Skuadron Semboyan RASCOM adalah sama dengan Skuadron Semboyan Briged yang lain. Pada peringkat permulaan penubuhan, hanya terdapat 5 orang jururadio dan pemandu yang menjadi asas kepada Skuadron ini. Anggota-anggota ini didatangkan dari Trup Skuadron Semboyan 3 Briged. Dari masa ke semasa keanggotaan Skuadron ini ditambah bagi mengisi perjawatan-perjawatan yang belum dipenuhkan. Proses ini mengambil masa yang lama dan dari tahun ke tahun Skuadron ini terus berkembang, sesuai dengan perjawatan sebuah Skuadron Semboyan Briged.

Kini, keanggotaan Skuadron adalah mengikut perjawatan tetap iaitu seramai 6 Pegawai dan 196 LLP. Pada keseluruhannya, Skuadron telah berjaya dan banyak memberi bantuan dari segi perhubungan di dalam gerakan dan latihan di Sarawak. Skuadron ini masih kekal di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu Sarawak hinggalah sekarang.

Selepas 14 tahun berada di Kem Batu 10, Jalan Oya, pada 8 Disember 1991, Skuadron ini telah diarahkan berpindah ke Kem Sri Rejang iaitu lebih kurang 6 km dari bandar Sibu. Walaubagaimanapun, PUSKOM Skuadron masih tetap berada di Markas RASCOM. Perpindahan disebabkan KD Sri Rejang yang berpangkalan di kem tersebut telah dibubarkan berikutan operasi di kawasan RASCOM telah berkurangan. Semasa berada di kem tersebut, Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan-bangunan baru termasuk kemudahan untuk anggota-anggota bujang yang memuaskan. Untuk anggota yang berkeluarga, mereka kekal di RKAT Kem Batu 10 dan sebahagian kecil menyewa rumah di sekitar Kem Sri Rejang.

Selepas 3 tahun berada di Kem Sri Rejang, sekali lagi Skuadron telah diarahkan berpindah semula ke Kem Batu 10 pada 4 April 1993. Perpindahan tersebut adalah disebabkan Kem Sri Rejang akan diambil alih oleh Rejimen 510 (AW) yang sebelum ini berpangkalan di Batu Pahat, Johor. Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan lama iaitu bangunan yang pernah diduduki sebelum ini walaupun ianya tidak mencukupi sementara PUSKOM masih tetap ditempatkan di MK 9 Briged. Disebabkan jarak antara pasukan-pasukan yang berada di Kem Batu 10 dengan MK 9 Briged lebih kurang 15 km, maka Skuadron telah menubuhkan sebuah PUSKOM di Kem Batu 10 bagi memudahkan segala urusan penghantaran kawat dan KHS.

Awal tahun 1990an, kebanyakan tugas operasi dan gerakan Markas RASCOM lebih tertumpu kepada latihan-latihan biasa seperti briged-briged yang lain kerana ancaman Komunis Kalimantan telah dapat diatasi melalui gerakan-gerakan sebelum ini. Oleh kerana ancaman telah berkurangan maka pihak atasan telah mengarahkan Markas RASCOM dan pasukan-pasukan di bawah naungan melaksanakan latihan bercorak CW dan latihan-latihan kemahiran serta ketukangan pasukan masing-masing.

Sepanjang tahun 1991, Skuadron telah terlibat di dalam EGT dan EGL pasukan-pasukan infantri. Skuadron juga terlibat di dalam memberi bantuan komunikasi kepada pasukan bantuan perkhidmatan dalam latihan mereka.

Pada 6 April 1995, Markas RASCOM yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan rasminya telah dibubarkan oleh PTD dan ditubuhkan Markas 9 Briged. Acara pembubaran RASCOM telah disempurnakan di Kem Oya. Dengan pembubaran tersebut, semua pasukan-pasukan di bawah pemerintahan RASCOM telah ditukarkan designasi mereka.


Kegiatan ketenteraan dan perisikan pula dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera dan Polis Diraja Malaysia sebagai penggerak utama membanteras pengaruh dan ideologi komunis.  untuk merangka pelaksanaan pentadbirannya, penglibatan pasukan tentera dan polis disertakan dengan penggunaan sistem jawatankuasa yang mempunyai jawatankuasa utama seperti :-

i) Jawatankuasa Rascom yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, yang dilantik dari kalangan Pegawai Pentadbiran Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman, dengan bidang tugas menggubal segala dasar berkaitan aktivitinya.  Dalam melaksanakan tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, Principal Staff Officer ( PSO AWAM), PSO (tentera), dan PSO (polis).

ii) Jawatankuasa Perancangan Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, dengan bidang tugasnya sebagai Pengerusi Perangcangan Operasi dan merancang gerakan di kawasan Rascom serta bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan  keselamatan kepada Pengarah Gerakan Neger.  Keanggotaannya juga meliputi PSO awam, polis dan tentera.

iii) Jawatankuasa Perang Saraf yang dipengerusikan oleh PSO awam dibantu oleh PSO tentera dan PSO Polis, dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan  perang saraf dan gerak saraf di dalam usaha membanteras perkembangan ideologi komunis di kawasan Rascom.

iv) Jawatankuasa Keselamatan BAhagian yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian dengan  keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Kanan Polis Daerah, Pegawai Kanan Tentera Daerah, manakala Jawanatankuasa Keselamatan Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.  Peranannya melaksanakan perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa lainnya dalam Rascom.  Misi pasukan keselamatan rascom dalam operasi ofensif melawan gerakan militan komunis ialah Mencari dan Memusnah ( search and destroy).  

Secara keseluruhannya operasi Rascom yang pernah dilaksanakan ialah Operasi utama (7), Operasi kecil ( 17) , Operasi Kerangka (2) , Operasi  bersama 3 Briged (2).

ESSCOM



Pembentukan ESSCOM telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke kawasan Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 6 Mac 2013 ekoran kejadian pencerobohan oleh sekumpulan pengganas dari Kepulauan Sulu  di kawasan Tanjung Labian yang berlaku sejak 12 Februari 2013.

Visi ESSCOM ialah “Sabah Negeri Yang Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera” manakala Misi ESSCOM pula ialah untuk “Menjadikan Kawasan Pantai Timur Sabah Sebagai Kawasan Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera”.


struktur ringkas


Objektif ESSCOM adalah bertujuan untuk :- 

a. Mengekang dan menghapuskan semua bentuk ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah

b. Meningkat dan mengukuhkan pengurusan keselamatan di  Pantai Timur Sabah.

c. Penstrukturan semula kawalan, penguatkuasaan, operasi keselamatan di Pantai Timur Sabah;

d. Menstrukturkan semula sosio ekonomi penduduk di Pantai Timur Sabah; dan

e. Memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab agensi keselamatan serta awam melalui kerjasama secara terselaras dan bersepadu di dalam meningkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Konsep Penubuhan ESSCOM adalah :-

a. Untuk memelihara Kedaulatan Negara dan Menjamin     Keselamatan Rakyat;

b. Untuk mengembalikan semula keamanan dan kestabilan;

c. Untuk mewujudkan benteng pertahanan (Defence Line) yang menganjur dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi daerah-daerah di dalamnya;

d.  Untuk menghapuskan ancaman semasa serta ancaman  masa hadapan;  dan

e. Untuk meningkatkan kesejahteraan  dan keharmonian hidup rakyat.



Komponen ESSCOM turut merangkumi aspek  Keselamatan, Pembangunan dan Gerak Saraf serta Perang Saraf (GSPS).

Terma Rujukan ESSCOM akan merangkumi aspek-aspek berikut :-

a. Beroperasi di kawasan tangungjawab meliputi daerah dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Semporna;

b. Bertanggungjawab terus kepada YAB Ketua Menteri Sabah selaku Pengarah Gerakan Negeri;

c. Menjadikan Lahad Datu sebagai Pusat Operasi;

d. Tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang terdiri dari ATM dan PDRM di Kawasan Tanggungjawab (KTJ);

e. Penyusunan semula penduduk melalui penstrukturan  penempatan dan aktiviti sosio ekonomi;

f. Pelaksanaan arahan, tindakan dan gerakan keselamatan secara terancang, bersepadu, terselaras dan berterusan;

g. Memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan meliputi Imigresen, Kastam, Maritim, Pelancongan, Perdagangan, Penyeludupan dan Persempadanan;

h.   Pusat pengumpulan dan penyelarasan maklumat keselamatan;

i. Mengambil kira keperluan perundangan, pengarahan, perisikan dan ancaman yang turut meliputi pengawasan dan pengesanan terhadap musuh;

j.    Pengebalan minda masyarakat melalui peningkatan semangat patriotisme yang tinggi dan bertindak sebagai benteng keselamatan secara menyeluruh;

k. Kerjasama dan tindakan secara terselaras, bersepadu dan berterusan di kalangan semua agensi ketenteraan, kepolisian dan awam melalui konsep Blue Ocean Strategy;

l. Medium perbincangan dan penentuan pelan tindakan arahan serta perlaksanaan langkah-langkah keselamatan; dan

m. Melaksanakan sepenuhnya konsep pertahanan  dan keselamatan secara menyeluruh / komprehensif.

Kawasan Tanggungjawab (KTJ) ESSCOM akan terdiri dari  keseluruhan kawasan Pantai Timur Sabah yang menganjur daripada Kudat ke Tawau yang turut meliputi daerah-daerah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Persempadanan kawasan KTJ adalah berdasarkan sempadan setiap daerah terlibat dan kawasan perairan serta pulau-pulau di dalamnya.

Secara ringkas, Struktur Organisasi dan Pengurusan Pentadbiran Serta Perjawatan ESSCOM adalah seperti gambarajah kedua di atas. 



Struktur Organisasi ESSCOM akan menetapkan perlantikan YAB Ketua Menteri Sabah sebagai Pengarah Gerakan dan manakala seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dilantik untuk menjalankan segala urusan pengarahan, pengawalan serta pengurusan ESSCOM. Struktur Organisasi ini juga akan terdiri dari pengwujudan empat komponen iaitu Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) . Selain itu, terdapat seksyen atau unit yang akan bertanggungjawab secara terus kepada CEO iaitu Ketua Penyelasas (Awam), Ketua Penyelaras (PDRM), Ketua Penyelaras (APMM), Ketua Penyelaras (ATM), Ketua Penyelaras (Perisikan) dan Ketua Penyelaras (Pendakwaan) ditambah baik dengan perjawatan bagi Komander Pasukan Keselamatan/setaraf (awam).

Penubuhan Kumpulan Kerja Eksekutif ESSCOM yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah akan bertindak sebagai Setiausaha Kumpulan Kerja ini. 

Ahli-ahli kumpulan kerja ini terdiri daripada  Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, PDRM, ATM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Lima (5) Kumpulan Kerja Kecil (KKK) ESSCOM telah dibentuk iaitu KKK Keselamatan yang dianggotai oleh KDN, MINDEF dan JPM (APMM) dan beberapa agensi berkaitan. Manakala Lead Agency untuk KKK Pembangunan adalah Setiausaha Persekutuan Sabah manakala Gerak Saraf dan Perang Saraf akan diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Bagi Kumpulan Kerja Kecil Perundangan,  akan dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negeri Sabah dan KKK Operasi akan digerakkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

MA/GH

Saturday, 23 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : ELEMEN MISTIK DIKAITKAN DENGAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU - #LAHADDATU


Blog braderjai.blogspot.com mendedahkan sekeping foto yang dikatakan adalah salah seorang penceroboh bersenjata yang menyerang Lahad Datu.

Pengganas yang ditangkap sewaktu 'ops daulat' berjalan ini dikatakan antara salah seorang penembak tepat atau 'sniper' yang ditangkap sewaktu pertempuran kecil berlaku sekitar jam 2300 malam kelmarin.

Pertempuran yang dikatakan berlaku di luar garisan merah Labian Zone atau LZ ini turut dikaitkan dengan elemen mistik bilamana beliau dikatakan diserang bertubi-tubi oleh anggota keselamatan negara namun tidak terbunuh sebaliknya hanya meninggalkan kesan lebam merah di seluruh badannya. Manakala seorang lagi rakan beliau dikatakan terbunuh.

Elemen mistik seperti ilmu kebal dan syirik seperti mengikat ayat-ayat suci Al-Quran di bahagian kemaluan pengganas yang menceroboh Lahad Datu hangat diperkatakan bahkan turut dilaporkan oleh sesetengah media cetak 'mainstream'.

Sama ada benar atau tidak elemen mistik tersebut, pasukan keselamatan negara yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah lengkap dengan Kor Agama Islam Tentera Malaysia atau KAGAT yang turut memainkan peranan penting terutama soal kerohanian anggota keselamatan kita.

Kepada Allah swt seluruh rakyat Malaysia berserah dan berdoa agar anggota keselamatan kita sentiasa dilindungi oleh-Nya dalam mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair kita, Malaysia.


Wednesday, 13 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : DUA JENAZAH ANGGOTA ATM GUGUR DI MEDAN PERANG SELAMAT DISEMADIKAN - #LAHADDATU


Dua jenazah anggota Rejimen Askar Diraja Melayu (RAMD) yang terkorban kelmarin, allahyarham Ahmad Hurairah b. Ismail dan Ahmad Farhab B. Ruslan telah selamat disemadikan di tanah tumpah kelahiran mereka, Kelantan.

Jenazah yang diterbangkan dari Tawau ke Markas Pangkalan Udara TUDM telah disambut oleh YAB perdana menteri serta menteri pertahanan Malaysia untuk diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan pula ke lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kelantan.

Turut hadir sewaktu pengebumian di Kelantan adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed di samping para pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).





[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PERDANA MENTERI AKAN TURUN MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR JAM 0750 PAGI INI - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK


Kronologi:

Insiden (1)

Pada jam 1034 berlaku pertempuran di Sg Nyamuk menyebabkan seorang anggota ATM cedera dan meninggal dunia.

Anggota yang terkorban adalah Ahmad Hurairah B. Ismail dari 7 RAMD Tawau, berasal dari Kelantan.

Jenazah diterbangkan ke Tawau pada jam 1730 dan terus di bawa ke Masjid ATM 7 RAMD sebelum diterbangkan ke Pangkalan Chepa, Kelantan pada jam 0400 esok (pagi ini).

Insiden (2)

Pada jam 1245pm seorang anggota ATM yang cedera telah diterbangkan dengan Helikopter Unit Udara PDRM ke Unit Kecemasan Hospital Duchess Of Kent, Sandakan ekoran cedera semasa operasi di Sg Nyamuk.

Butiran anggota Khairul Anuar, 35 tahun dan bertugas di 7 RAMD Tawau. Keadaannya dilaporkan stabil.

Insiden (3)

Pada jam 0730 bertempat di Km 37 Jln Lahad Datu/Tungku, sebuah lori ATM telah terbabas dan seorang anggota disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.

Butiran anggota Ahmad Farhan Ruslan, berasal Kelantan dari 3 RAMD Kem Kabota, Tawau. Jenazah akan diterbangkan ke Pangkalan Chepa, Kelantan pada jam 0400 esok (hari ini) dari Tawau.

________

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka akan hadir memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota RAMD yang terkorban sewaktu menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Markas Pangkalan Udara TUDM Subang, pada jam 0750 pagi ini.

Tuesday, 12 March 2013

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : PENDEDAHAN TRANSKRIP RISIKAN OLEH WIKILEAKS PERANCANGAN MENAWAN SABAH OLEH MISUARI - #LAHADDATU


Berikut adalah transkip pendedahan Wikileaks perancangan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari yang mahu menawan Sabah sebelum ia dihidu oleh risikan kedua-dua negara Malaysia dan juga Filipina.

---------------------
Dreaming of Sabah...?
---------------------

¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a

MANILA 00001534 002 OF 002


strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him
over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once
commented to MG Dolorfino that when the timing was right,
"the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7
a.m." Misuari has also reportedly claimed that he personally
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal
blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up
trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted
Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's
detention house on March 14. Kiram attended the March 18
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only
"true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to
Kiram's chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only
concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also
about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's.
Over the past several months, Malaysian officials have held
at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives,
according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in
Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had
no intention of getting involved in Malaysia's internal
affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah
claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace
Panels reached an ancestral domain agreement.

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : BUKTI GAMBAR KETIGA PERTEMUAN ANWAR-MISUARI DIDEDAHKAN OLEH MYMASSA - #LAHADDATU


Mymassa yang punyai pautan lamannya di www.mymassa.blogspot.com sekali lagi mengeluarkan sekeping gambar pertemuan antara ketua pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari dikatakan berlaku di Filipina sekitar tahun lepas.

Dalam gambar ketiga iaitu susulan gambar pertama yang dipetik dari laman The Manila Times.net, Mymassa telah mengeluarkan gambar kedua yang diambil dari akaun twitter Anwar Ibrahim Club (AIC) dan gambar ketiga pula mempunyai 'watermark' AP atau Associated Press.

Tiada penerangan lanjut diberikan mengenai konten dari AP yang mengeluarkan gambar asal tersebut namun Mymassa membayangkan kemesraan yang terpancar dari raut kedua wajah pemimpin itu selain membuat persamaan antara kedua tokoh itu yang dikatakan terlibat dalam banyak skandal seks dan perempuan selain masing-masing punyai agenda mahu menumbangkan kerajaan sama ada kerajaan Malaysia bagi pihak Anwar, atau kerajaan otonomi MILF bagi pihak Misuari.

Konspirasi yang dikaitkan terhadap Anwar-Misuari dihubungkait dengan pencerobohan pengganas bersenjata atau militan ke atas Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan anggota keselamatan negara serta penceroboh itu sendiri.

Anwar, telah menfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya memetik dari sumber asal iaitu Reuters, The Manila Times dan Inquirer News tetapi tiada saman difailkan terhadap agensi media luar negara tersebut.

Anwar yang begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan media bagaimana pun dilaporkan telah mengugut beberapa wartawan Malaysia untuk disaman jika mengulangi soalan-soalan yang mengaitkan dirinya dengan pencerobohan Lahad Datu.

"You ulang, I saman you!" merupakan ayat yang dilaporkan terpacul dari mulutnya.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MAYAT PENCEROBOH BERSENJATA LAHAD DATU AKAN DISEMBAHYANG SEBELUM DIKEBUMI - #LAHADDATU


Ketua polis daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat kelmarin dilaporkan sebagai berkata bahawa keseluruh mayat penceroboh yang mengganas dan ditembak mati akan disembahyang jenazahkan sebelum dikebumi beramai-ramai di satu kawasan yang tidak dimaklumkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biar pun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat"

Sebelum itu, mufti kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata kepada Bernama bahawa kematian anggota keselamatan negara yang terkorban dianggap sebagai mati syahid.

"Walau pun kematian anggota keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang di antara orang Islam dan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara", ujar beliau.

"Mengikut sabda Nabi s.a.w sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan" katanya lagi.

Monday, 11 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : NYAWA AMAT BERHARGA, JANGAN TERSILAP LANGKAH


Kelmarin dilaporkan oleh pihak keselamatan negara dan turut disiarkan oleh Bernama bahawa seorang kanak-kanak berumur antara 12-15 tahun terbunuh setelah ditembak oleh anggota keselamatan negara semasa 'ops daulat' sedang digerakkan di garisan merah kampung Tanjung Batu, Lahad Datu.

Identiti kanak-kanak tersebut masih belum dikenal pasti. Turut dilaporkan cedera adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an.

Insiden berlaku sewaktu pasukan keselamatan merapati kampung Sungai Bilis bagi menjejaki saki baki penceroboh bersenjata apabila secara tiba-tiba sekumpulan dua lelaki dan tiga wanita keluar dari belukar dan terus ditangkap.

Apabila mendapati terdapat pergerakan di sebalik semak samun berhampiran, pasukan keselamatan terus melepaskan tembakan dan apabila disiasat, seorang kanak-kanak didapati terbunuh sebagaimana laporan terdahulu di atas.

Sebelum itu, turut dilaporkan adalah dua anggota PGA BN 12 Miri yang cedera setelah diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan.

Dipercayai insiden-insiden di atas berlaku kerana taktik peperangan gerila yang diamalkan penceroboh, namun boleh menyebabkan nyawa pihak-pihak yang tidak bersalah terkorban.

Oleh yang demikian, adalah amat diharapkan agar semua penduduk di sekitar kawasan terbabit mematuhi arahan yang diberikan agar tidak berkeliaran sewaktu 'ops daulat' ini digerakkan.

Nyawa adalah begitu berharga maka janganlah ia disia-siakan.

[NASIONAL] LIWAT II : AZLAN MASUK PKR, TIDAK MAHU BERSUMPAH - #LIWAT2


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa kes liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah membuat kenyataan media bersama-sama setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution di ibu pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Beliau yang hanya membacakan kenyataan selama hampir 7 minit itu menyerahkan borang keahlian PKR dan melakukan 'gimmick' menerima baju serta topi parti tersebut dari Saifuddin.

Turut kelihatan hadir adalah Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat dan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sumpah 'laknat' sebagaimana yang dilakukan oleh anaknya, Saiful, beliau menolaknya dan menganggap perbuatan itu sudah 'terlalu biasa'.

Terdahulu, beliau mengejutkan suasana politik tanahair apabila membuat kenyataan bahawa kes liwat II merupakan satu konspirasi Umno dan menganggap bahawa anaknya tidak pernah diliwat.

Kenyataan beliau dibuat sewaktu tumpuan rakyat Malaysia begitu kuat terhadap krisis berdarah Lahad Datu yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik Malaysia termasuklah Anwar sendiri dan Dr Jeffrey Kitingan.

Selain dari itu, kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua, naib presiden PKR turut memuncak apabila lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau yang menganggap bahawa krisis Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara dari Umno dan menganggap anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai 'mati katak'!

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : SUSULAN PENDEDAHAN MYMASSA, DOUBLE Y PULA MENDEDAHKAN LAMAN FACEBOOK MISUARI DIKENDALI OLEH 'ORANG' PKR - #LAHADDATU


Susulan pendedahan Mymassa akan gambar terbaru pertemuan sulit ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari dikatakan berlangsung pada tanggal 17 Julai 2012 yang lalu di Filipina, seorang lagi blogger pro-BN, Double Y yang punyai pautan www.yuseriyusoff.blogspot.com mendakwa bahawa laman peminat (fanpage) facebook dikatakan milik Nur P Misuari bukanlah dimiliki oleh Misuari atau ejen yang diupah oleh Misuari sendiri sebaliknya dikendalikan oleh pengikut parti PKR.

"Paling gempak, laman Facebook Nur Misuari bukan dikendalikan oleh pihak berkaitan dengan MNLF tetapi ia dikendalikan oleh orang PKR sendiri...", tulis Double Y di dalam 'posting' nya bertajuk "#LahadDatu : Checkmate! Twitter & Email AIC Mengesahkan Anwar bertemu Nur Misuari #PrayForSabah"

Turut didedahkan oleh beliau adalah gambar pertemuan seorang lagi ahli politik tempatan, Dr Jeffrey Kitingan dengan adik kepada Jamalul Kiram III iaitu Muedzul-lail T Kiram dikatakan berlangsung pada tanggal 5 Julai 2012 lalu.

Motif pertemuan kedua-dua Anwar dan Jeffrey Kitingan bersama Misuari dan Muedzul-lail pada tarikh dan tempat berbeza dikaitkan dengan konspirasi hingga berlakunya pencerobohan berdarah di Lahad Datu yang mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.



[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MYMASSA DAKWA ADA GAMBAR-GAMBAR LAIN PERTEMUAN ANWAR IBRAHIM-NUR MISUARI DI FILIPINA - #LAHADDATU


Sebuah blog pro-BN, www.mymassa.blogspot.com mendakwa bahawa mereka punyai bukti-bukti bergambar pertemuan rahsia ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua askar pemberontak MNLF, Nur P. Misuari di Filipina. Tiada maklumat yang diberikan di manakah kedudukan tepat pertemuan rahsia yang dikatakan berlangsung tanggal 17 Julai 2012 itu.

Namun Mymassa berjanji di dalam artikel yang dikeluarkannya itu akan memberikan lebih banyak lagi bukti bergambar pertemuan dua individu yang dikaitkan dengan insiden berdarah pencerobohan para penyokong bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram III, kononnya waris keturunan raja Sulu yang menetap di Filipina.

Sebelum ini, Reuters, The Manila Times.net dan Inquirer News ada memaparkan pertemuan rahsia di antara Anwar dan Misuari yang memetik dari laporan risikan masing-masing akan keterlibatan Anwar dan Misuari dengan pencerobohan berdarah di Lahad Datu.

Sebagai tindakan balas, Anwar telah menfailkan saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan TV3 atas petikan laporan dari Reuters, The Manila Times dan Inquirer News itu. Namun, tiada saman ke atas Reuters, The Manila Times dan Inquirer News yang difailkan oleh Anwar seolah membenarkan apa yang telah dilaporkan oleh ketiga-tiga agensi media luar negara tersebut.

Sunday, 10 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SENARAI DUA ANGGOTA TERCEDERA DIKENAL PASTI - #LAHADDATU


Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012.

[KHAS] LAHAD DATU : DUA ANGGOTA KESELAMATAN DISERANG DAN CEDERA - #LAHADDATU


Dua anggota PGA dilaporkan cedera diserang oleh penceroboh yang mengganas dalam krisis Lahad Datu.

Sumber memaklumkan bahawa dua anggota PGA tersebut adalah dari BN 12 Miri dan kawasan di mana mereka diserang adalah Tg Batu.

Sumber turut memaklumkan bahawa dua anggota PGA ini diserang di luar kawasan 'ground zero' yang hanya menggerakkan anggota ATM dan VAT69 sahaja.

Taktik yang digunapakai oleh penceroboh bersenjata ini adalah menyamar sebagai penduduk tempatan dan mensasarkan kumpulan kecil anggota keselamatan seperi polis dan PGA.

Didoakan semoga dua anggota ini selamat dan kembali dalam keadaan stabil.

Saturday, 9 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : ABRAHAM IDJIRANI, JURUCAKAP AZZIMUDIE SIFATKAN KAEDAH MENGIRA TENTERA SULU YANG MATI SEBAGAI 'BLACK OPS' - #LAHADDATU


Jurucakap kepada Azzimudie Kiram III, Abraham Idjirani menyifatkan tindakan pasukan keselamatan negara (Malaysia) yang mengira dan memaklumkan kepada umum jumlah pengikut Kiram yang terbunuh dalam insiden krisis pencerobohan Lahad Datu sebagai satu 'operasi hitam' atau 'black ops' bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka (pengikut Sultan Sulu).

Beliau berkata demikian sewaktu ditemurah oleh abs-cbnnews.com yang berpusat di Filipina.

Sebelum ini, jurucakap PDRM mengumumkan seorang lagi penceroboh yang mengganas hingga mengorbankan lapan anggota keselamatan negara terbunuh, ditembak mati menjadikan keseluruhan jumlah pengganas yang mati seramai 53 orang.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEKUATAN TIMUR SABAH DITINGKAT, SABAH KOMITED HAL KESELAMATAN RAKYATNYA - #LAHADDATU


Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan komitmennya sebagai ketua menteri untuk memperuntukkan kawasan bagi menempatkan pasukan khas menjaga dan mengawal pantai timur Sabah meliputi Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kunat dan Sandakan.

Ini adalah respon kerajaan negeri setelah perdana menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan mahu mewujudkan kawasan khas keselamatan atau 'special security command center' (SCC) di bahagian-bahagian disebut terdahulu di atas, baru-baru ini sewaktu kunjungan beliau ke situ.

SCC ini bakal punyai kekuatan lima batalion anggota keselamatan yang terdiri dari gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, adalah perlu kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dan gabungan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen jitu untuk menjaga keselamatan para penduduk di persekitaran pantai timur Sabah yang berpotensi tinggi dimajukan lagi terutama dalam sektor hasil laut dan pelancongan.

"Saya percaya ini bagi memastikan rakyat Sabah merasa lebih selamat dan menyenangkan para pelabur, peniaga dan pelancong yang datang ke negeri ini.

"Dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas, ia akan meningkatkan keyakinan rakyat akan tahap keselamatan terutama di kawasan pantai timur Sabah, sekaligus memberikan keyakinan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan aman damai seperti biasa", kata Musa.

Justeru, kerajaan negeri akan memberikan tapak atau kawasan setelah dikenal pasti kawasan yang bersesuaian dan ini akan menjadikan kawasan pantai timur Sabah antara kawasan yang kuat dari sudut keselamatannya.

Sebelum itu, ramai penduduk Sabah berketurunan Sulu berikrar taat setia kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak dan mengutuk keganasan oleh pihak-pihak pelampau yang meragut beberapa nyawa anggota keselamatan negara.

Friday, 8 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : JENERAL PENCEROBOH BUKAN AZZIMUDIE KIRAM III TAPI ANTARA 'LEADER' BERPENGARUH - #LAHADDATU


Berikut adalah foto 'jeneral' penceroboh yang mengganas di kampung Taduo, Lahad Datu namun bukanlah Azzimudie Kiram III sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Pihak berkuasa masih menyiasat identiti lelaki yang terkorban ini dan tidak menolak kemungkinan beliau adalah salah seorang 'ketua' yang berpengaruh dalam gerombolan penceroboh yang mengganas dan antara salah seorang dari 72 yang berjaya ditembak mati.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : WWW.KEADILANDAILY.COM CUBA ALIH ISU LAHAD DATU DENGAN ISU BASI 'LIWAT II' - #LAHADDATU


Laman web rasmi PKR, www.KeadilanDaily.com telah memuatkan satu artikel pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang memihak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan satu konspirasi terancang kononnya kes 'liwat II' itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh.

Bagaimana pun, melalui sistem 'blackberry blast message' atau BBM, Saiful Bukhari dilaporkan tetap istiqomah dengan pengakuan bersumpah menjunjung kitab suci Al-Quran yang pernah beliau lakukan dan menganggap bahawa bapanya itu sedang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pemerhati politik yang dihubungi juga menganggap bahawa isu lama yang tiba-tiba muncul ini adalah tindakan terdesak pihak pembangkang bagi mengalihkan isu berat yang lebih utama iaitu krisis pencerobohan Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata api yang mengganas dan membunuh lapan anggota keselamatan negara.

Sewaktu bukti-bukti yang dikumpul menunjuk arah (lead direction) kepada penglibatan beberapa ahli politik pembangkang, Anwar tampil mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang mengulangi tuduhan terhadap dirinya seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News.

Pengakuan Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari ini turut dipertikaikan kerana Azlan tiada 'locus standi' untuk bercakap bagi pihak anaknya dan Azlan sendiri bukanlah mangsa mahu pun saksi dalam kes yang masih belum didengar dalam peringkat rayuan ini.

Laman web rasmi PKR ini sememangnya dipertikaikan setelah menyiarkan beberapa artikel kontroversi termasuk kenyataan naib presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan krisis Lahad Datu dengan sandiwara Umno dan kenyataan yang menghina keluarga mangsa terkorban bila menyamakan mangsa dengan perumpamaan 'mati katak!'

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SIAPA LEBIH KEJAM? PENGGANAS ATAU PASUKAN KESELAMATAN NEGARA? - #LAHADDATU


Antara hujah yang kini dimainkan oleh pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah mereka adalah pertama, pembaziran kos menyelenggara 'ops sulu' yang sehingga kini mengorbankan lapan anggota keselamatan negara dan 52 penceroboh bersenjata yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna.

Persoalannya, adakah nyawa dan keselamatan awam boleh dikira dengan nilai matawang? Jika pakatan pembangkang berkata 'ya!', jadi berapakah nilai siling harga keselamatan awam yang perlu dibelanjakan oleh mereka seandainya mentadbir negara?

Kedua, kaedah menyekat dan menghapuskan musuh yang dikatakan kejam bilamana bedilan demi bedilan dilepaskan dari udara dan darat mengakibatkan musuh rentung dan hangus.

Sukacita untuk sidang redaksi TMS nyatakan bahawa semasa anggota keselamatan negara yang terkorban dijumpai, ada yang biji matanya dikorek keluar. Ada pula yang kepalanya dibelah dan isi otaknya turut dikeluarkan. Bahkan ada anggota yang lehernya dikelar hingga putus dan hati serta paru-parunya juga ditarik keluar dari badan.

Provokasi apakah yang dilancarkan oleh penceroboh bersenjata api ini? keganasan apakah yang dibawa mereka ini?

Jamallul Kiram boleh melenting jika pengikutnya yang menceroboh tanahair Malaysia dianggap sebagai pengganas tetapi bagaimana dengan perasaan keluarga mangsa khususnya dan rakyat Malaysia amnya?

Jamallul Kiram boleh saja memohon setinggi mana pun pihak-pihak antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campurtangan atas nama kemanusiaan namun Jamallul Kiram perlu juga klasifikasikan tindakan pengikut-pengikutnya yang menceroboh masuk tanahair Malaysia sebagai apa? Terutama dengan perlakuan mereka ke atas mangsa-mangsa yang terdiri dari anggota keselamatan ini!

Justeru, adalah lebih baik Jamallul Kiram bertanggungjawab dengan menyerahkan para pengikutnya yang mengganas itu untuk diadili oleh undang-undang Malaysia.

Adalah perlu untuk mengingatkan Jamallul Kiram bahawa raja-raja di Malaysia juga adalah raja berperlembagaan dan setiap salah laku raja juga boleh dinilai dan dibawa ke mahkamah keadilan dengan peruntukan khas perlembagaan negara.

Tahukah beliau akan fakta ini?

Jika beliau tidak tahu, adalah lebih baik pakatan pembangkang mengingatkan Jamallul Kiram akan fakta ini dari berceramah yang bukan-bukan demi mendapatkan 'political-mileage' menuju pilihanraya umum yang semakin hampir.

Foto (1) dan (2) adalah foto mangsa terdiri dari anggota keselamatan negara yang kami simpan dan tidak keluarkan sehinggalah Jamallul Kiram mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia yang mengklasifikasikan pengikut beliau sebagai 'pengganas'.

Foto (3) dan (4) gambar yang sudah pun dikeluarkan oleh media perdana hari ini.

Foto (5) adalah foto pengganas yang terbunuh dan dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai kaedah tidak wajar dilakukan oleh pentadbiran negara serta membuatkan Jamallul Kiram mahu campurtangan kuasa ketiga seperti PBB, atas alasan perikemanusiaan.









Thursday, 7 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : COMMAND CENTRE SPECIAL SECURITY AREA - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK


YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kawasan Lahad Datu, Kudat, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai kawasan khas keselamatan dengan memberikan tumpuan penuh terhadap parameter tersebut.

Satu pusat kawalan keselamatan khas atau 'command centre' akan didirikan dengan kekuatan lima batalion gabungan PDRM dan ATM.

Beliau berkata dalam satu sidang khas media sebentar tadi.

Sementara itu, ops 'mopping up' yang digerakkan telah berjaya menembak mati 32 penceroboh bersenjata api menjadikan keseluruhan pengganas yang mati berjumlah 52, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.