SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.


Showing posts with label krisis. Show all posts
Showing posts with label krisis. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : DUA JENAZAH ANGGOTA ATM GUGUR DI MEDAN PERANG SELAMAT DISEMADIKAN - #LAHADDATU

Dua jenazah anggota Rejimen Askar Diraja Melayu (RAMD) yang terkorban kelmarin, allahyarham Ahmad Hurairah b. Ismail dan Ahmad Farhab B. Ruslan telah selamat disemadikan di tanah tumpah kelahiran mereka, Kelantan. Jenazah yang diterbangkan dari Tawau ke Markas Pangkalan Udara TUDM telah disambut oleh YAB perdana menteri serta menteri pertahanan Malaysia untuk diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan pula ke lapangan terbang Pengkalan...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PERDANA MENTERI AKAN TURUN MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR JAM 0750 PAGI INI - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK

Kronologi: Insiden (1) Pada jam 1034 berlaku pertempuran di Sg Nyamuk menyebabkan seorang anggota ATM cedera dan meninggal dunia. Anggota yang terkorban adalah Ahmad Hurairah B. Ismail dari 7 RAMD Tawau, berasal dari Kelantan. Jenazah diterbangkan ke Tawau pada jam 1730 dan terus di bawa ke Masjid ATM 7 RAMD sebelum diterbangkan ke Pangkalan Chepa, Kelantan pada jam 0400 esok (pagi ini). Insiden (2) Pada jam 1245pm seorang anggota ATM ...

Tuesday, 12 March 2013

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : PENDEDAHAN TRANSKRIP RISIKAN OLEH WIKILEAKS PERANCANGAN MENAWAN SABAH OLEH MISUARI - #LAHADDATU

Berikut adalah transkip pendedahan Wikileaks perancangan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari yang mahu menawan Sabah sebelum ia dihidu oleh risikan kedua-dua negara Malaysia dan juga Filipina. --------------------- Dreaming of Sabah...? --------------------- ¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a MANILA 00001534 002 OF 002 strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and as still bitter toward Malaysia for arresting...

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : BUKTI GAMBAR KETIGA PERTEMUAN ANWAR-MISUARI DIDEDAHKAN OLEH MYMASSA - #LAHADDATU

Mymassa yang punyai pautan lamannya di www.mymassa.blogspot.com sekali lagi mengeluarkan sekeping gambar pertemuan antara ketua pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari dikatakan berlaku di Filipina sekitar tahun lepas. Dalam gambar ketiga iaitu susulan gambar pertama yang dipetik dari laman The Manila Times.net, Mymassa telah mengeluarkan gambar kedua yang diambil dari akaun twitter Anwar Ibrahim...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MAYAT PENCEROBOH BERSENJATA LAHAD DATU AKAN DISEMBAHYANG SEBELUM DIKEBUMI - #LAHADDATU

Ketua polis daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat kelmarin dilaporkan sebagai berkata bahawa keseluruh mayat penceroboh yang mengganas dan ditembak mati akan disembahyang jenazahkan sebelum dikebumi beramai-ramai di satu kawasan yang tidak dimaklumkan. "Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biar pun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat" Sebelum itu, mufti kerajaan negeri...

Monday, 11 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : NYAWA AMAT BERHARGA, JANGAN TERSILAP LANGKAH

Kelmarin dilaporkan oleh pihak keselamatan negara dan turut disiarkan oleh Bernama bahawa seorang kanak-kanak berumur antara 12-15 tahun terbunuh setelah ditembak oleh anggota keselamatan negara semasa 'ops daulat' sedang digerakkan di garisan merah kampung Tanjung Batu, Lahad Datu. Identiti kanak-kanak tersebut masih belum dikenal pasti. Turut dilaporkan cedera adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an. Insiden berlaku sewaktu pasukan...

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : SUSULAN PENDEDAHAN MYMASSA, DOUBLE Y PULA MENDEDAHKAN LAMAN FACEBOOK MISUARI DIKENDALI OLEH 'ORANG' PKR - #LAHADDATU

Susulan pendedahan Mymassa akan gambar terbaru pertemuan sulit ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari dikatakan berlangsung pada tanggal 17 Julai 2012 yang lalu di Filipina, seorang lagi blogger pro-BN, Double Y yang punyai pautan www.yuseriyusoff.blogspot.com mendakwa bahawa laman peminat (fanpage) facebook dikatakan milik Nur P Misuari bukanlah dimiliki oleh Misuari atau ejen yang diupah oleh Misuari...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MYMASSA DAKWA ADA GAMBAR-GAMBAR LAIN PERTEMUAN ANWAR IBRAHIM-NUR MISUARI DI FILIPINA - #LAHADDATU

Sebuah blog pro-BN, www.mymassa.blogspot.com mendakwa bahawa mereka punyai bukti-bukti bergambar pertemuan rahsia ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua askar pemberontak MNLF, Nur P. Misuari di Filipina. Tiada maklumat yang diberikan di manakah kedudukan tepat pertemuan rahsia yang dikatakan berlangsung tanggal 17 Julai 2012 itu. Namun Mymassa berjanji di dalam artikel yang dikeluarkannya itu akan memberikan lebih banyak lagi...

Sunday, 10 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SENARAI DUA ANGGOTA TERCEDERA DIKENAL PASTI - #LAHADDATU

Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu: 1. RF 116409 Mohd Zariman; dan 2. RF 160726 Fendi B. Rosli Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil. 'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam...

[KHAS] LAHAD DATU : DUA ANGGOTA KESELAMATAN DISERANG DAN CEDERA - #LAHADDATU

Dua anggota PGA dilaporkan cedera diserang oleh penceroboh yang mengganas dalam krisis Lahad Datu. Sumber memaklumkan bahawa dua anggota PGA tersebut adalah dari BN 12 Miri dan kawasan di mana mereka diserang adalah Tg Batu. Sumber turut memaklumkan bahawa dua anggota PGA ini diserang di luar kawasan 'ground zero' yang hanya menggerakkan anggota ATM dan VAT69 sahaja. Taktik yang digunapakai oleh penceroboh bersenjata ini adalah menyamar sebagai...

Saturday, 9 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : ABRAHAM IDJIRANI, JURUCAKAP AZZIMUDIE SIFATKAN KAEDAH MENGIRA TENTERA SULU YANG MATI SEBAGAI 'BLACK OPS' - #LAHADDATU

Jurucakap kepada Azzimudie Kiram III, Abraham Idjirani menyifatkan tindakan pasukan keselamatan negara (Malaysia) yang mengira dan memaklumkan kepada umum jumlah pengikut Kiram yang terbunuh dalam insiden krisis pencerobohan Lahad Datu sebagai satu 'operasi hitam' atau 'black ops' bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka (pengikut Sultan Sulu). Beliau berkata demikian sewaktu ditemurah oleh abs-cbnnews.com yang berpusat di Filipina. Sebelum ini,...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEKUATAN TIMUR SABAH DITINGKAT, SABAH KOMITED HAL KESELAMATAN RAKYATNYA - #LAHADDATU

Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan komitmennya sebagai ketua menteri untuk memperuntukkan kawasan bagi menempatkan pasukan khas menjaga dan mengawal pantai timur Sabah meliputi Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kunat dan Sandakan. Ini adalah respon kerajaan negeri setelah perdana menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan mahu mewujudkan kawasan khas keselamatan atau 'special security command center' (SCC) di bahagian-bahagian...

Friday, 8 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : JENERAL PENCEROBOH BUKAN AZZIMUDIE KIRAM III TAPI ANTARA 'LEADER' BERPENGARUH - #LAHADDATU

Berikut adalah foto 'jeneral' penceroboh yang mengganas di kampung Taduo, Lahad Datu namun bukanlah Azzimudie Kiram III sebagaimana yang digembar-gemburkan. Pihak berkuasa masih menyiasat identiti lelaki yang terkorban ini dan tidak menolak kemungkinan beliau adalah salah seorang 'ketua' yang berpengaruh dalam gerombolan penceroboh yang mengganas dan antara salah seorang dari 72 yang berjaya ditembak mati....

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : WWW.KEADILANDAILY.COM CUBA ALIH ISU LAHAD DATU DENGAN ISU BASI 'LIWAT II' - #LAHADDATU

Laman web rasmi PKR, www.KeadilanDaily.com telah memuatkan satu artikel pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang memihak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan satu konspirasi terancang kononnya kes 'liwat II' itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh. Bagaimana pun, melalui sistem 'blackberry blast message' atau BBM,...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SIAPA LEBIH KEJAM? PENGGANAS ATAU PASUKAN KESELAMATAN NEGARA? - #LAHADDATU

Antara hujah yang kini dimainkan oleh pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah mereka adalah pertama, pembaziran kos menyelenggara 'ops sulu' yang sehingga kini mengorbankan lapan anggota keselamatan negara dan 52 penceroboh bersenjata yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna. Persoalannya, adakah nyawa dan keselamatan awam boleh dikira dengan nilai matawang? Jika pakatan pembangkang berkata 'ya!', jadi berapakah nilai siling harga...

Thursday, 7 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : COMMAND CENTRE SPECIAL SECURITY AREA - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kawasan Lahad Datu, Kudat, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai kawasan khas keselamatan dengan memberikan tumpuan penuh terhadap parameter tersebut. Satu pusat kawalan keselamatan khas atau 'command centre' akan didirikan dengan kekuatan lima batalion gabungan PDRM dan ATM. Beliau berkata dalam satu sidang khas media sebentar tadi. Sementara itu, ops 'mopping up' yang digerakkan...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GENCATAN SENJATA? SERAHKAN PENJENAYAH ITU! - #LAHADDATU

Malaysia belum memberi kata putus terhadap permohonan Sultan Sulu, Jamallul Kiram yang mengisytiharkan gencatan senjata terhadap pasukan keselamatan Malaysia tengahari tadi. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimana pun dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan menerima tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu dan seterusnya menggesa agar penjenayah-penjenayah bersenjata yang menceroboh dan melakukan keganasan hingga...

Tuesday, 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : "ROUND ONE CLEARED!" NAMUN DISARAN BERHATI-HATI - #LAHADDATU

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa "Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM" "Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SERANGAN UDARA KE BUMI DIDAHULUKAN, AZZIMUDIE KIRAM RAYU SIMPATI - #LAHADDATU

Kemasukan penceroboh bersenjata telah melewati beberapa minggu. Pintu perbincangan dicemari dengan serangan hendap yang membunuh lapan anggota keselamatan terutamanya polis dan PGA. Penceroboh enggan keluar dari kawasan yang dimasukinya. Perutusan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membayangkan kekesalan beliau bilamana pertumpahan darah berlaku sedangkan rakan beliau, presiden Filipina turut menyeru agar Azzimudie Kiram serta pengikutnya...

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK

PUTRAJAYA, 5 Mac -- Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak...